Friday 18 October 2013 | By: Zenith

Entri Oktober

Assalamualaikum w.b.t

Pertama sekali admin ingin meminta maaf kerana lewat meng-update blog batch ini memandangkan kadang kadang diri dihimpit kesibukan di Universiti dan pelbagai lagi agenda yang tidak dapat dielak. Buat sahabat sahabat Zenith yang masih belum tahu, admin ingin menyampaikan maklumat bahawasanya Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telahpun diiktiraf sebagai  Sekolah Berprestasi Tinggi. Alhamdulillah berkat usaha pelajar pelajar dan para guru. Semoga KuPSiS terus berjaya dan maju. Dan semoga pelajar pelajarnya juga terus cemerlang walau di mana pun kita berada.

Yang kedua, admin ingin berpesan kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat Zenith yang admin kasihi, umur kita bakal mencecah 20 pada tahun hadapan. Jadi admin berdoa agar kita semua jangan khayal diulik mimpi dan godaan dunia saja. Kita semakin dewasa dan negara perlukan kita. Marilah kita sama sama memberi perhatian lebih kepada pelajaran dan pada masa yang sama cakna dengan apa yang berlaku di sekitar kita. Kutiplah pengalaman sebanyak yang mampu semoga dengan pengalaman tersebut, hidup kita menjadi lebih baik. 

Yang ketiga, admin ingin berpesan kepada kita semua memandangkan majoriti kita telahpun menyambung ijazah dalam jurusan masing masing, banyakkanlah kenalan terutamanya senior senior. Tak rugi rasanya andai kata kita berkenalan dan berkawan baik dengan senior. Kebaikan yang cuba admin sampaikan ialah, senior senior akan graduate jauh lebih awal daripada kita, jadi merekalah yang akan membantu untuk mencadangkan nama nama sebahagian kita untuk bekerja dalam industri kelak. Jadi janganlah kita bodoh sombong atau "eksyen" kononnya kita ni hotstuff di Universiti dan tak berkawan dengan orang lain. 

Yang keempat, tahniah sebahagian daripada Zenith yang sempat bersua muka di reunion kat Alor Star yang lepas. Mintak maaf banyak sebab admin tak hadirkan diri jadi tak berapa nak tahu cerita so tak leh nak update banyak. Takpa, reunion yang akan datang nanti admin akan cuba hadirkan diri supaya tak ketinggalan nak update blog Zenith. Admin harap tahun depan Usmar Ketua Batch akan set tempat reunion supaya cikgu cikgu dapat join sama sebab admin kesian tengok Cikgu Masriah dok comment kat post facebook admin yang dia rindukan kita. Takpa, nanti kita rancang lain.

Akhir sekali, admin nak ucap selamat maju jaya di peringkat Ijazah, Diploma, Asasi, Foundation, A-Level, IB, atau persediaan apa sahaja buat sahabat sahabat Zenith. Majulah Zenith untuk agama, nusa dan bangsa.