Tuesday 27 November 2012 | By: Zenith

EPILOQUE : Pengakhiran?

EPILOQUE : PENGAKHIRAN?
13 May 2029
Rumah Faiz


    'Subhanallah... Sudah lima tahun semenjak peristiwa itu berlalu. Jasad Eqhwan gagal ditemui. Alhamdulillah, nyawa Aminudin sempat diselamatkan pada malam itu.
   Hari demi hari, keadaan beransur pulih. Kapal Zenith sudah lama dibaiki. Hospital Zenith beroperasi seperti biasa.
   Usmar dan Afrina, sibuk membangunkan syarikat Zenith dalam pelbagai bidang. Aminudin, menjadi Menteri Pertahanan Negara dan menjaga kemakmuran negara. Afzan, membina pelbagai struktur bangunan, yang terpenting baginya adalah bangunan keimanan. Redzuan, mengaplikasikan syariat Islam dalam sistem kewangan negara. Izzah, kini seorang profesor dan pensyarah yang hebat, turut membuka akademi detektif sendiri. Dalam cengkerang kacang, semua warga Zenith mencapai kejayaan yang hakiki. Nama Zenith kini gah di persada dunia!
   Pejam celik, pejam celik, aku kini sudah berusia 35 tahun. Alhamdulillah, anak dah tiga, 1 lagi dalam kandungan isteriku yang tercinta. Sekiranya kini Eqhwan masih ada, ingin sekali aku menjalinkan ukhwah keluarga kami bersama...
   Namun, tiada apa yang kekal selain Ilahi. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Aku redha akan takdir ini. Buat Eqhwan, aku berdoa agar engkau sempat melafaz taubat pada hujung nafas mu. Semoga engkau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. InshaAllah. Amin.....

                             BERUKHWAH DI DUNIA
                             BERJIRAN DI SYURGA

Sahabatmu,
Faiz                                                             13 MEI 2029




   Perlahan-lahan Faiz menutup jurnalnya. Sebak. Tangisannya tidak tertahan. Satu mutiara suci mengalir di pipi.

   "Abi! Abi! Umi panggil, tiup kek!" anak sulung Faiz berlari ke arahnya, dengan segera Faiz mengesat air mata. Dia tidak mahu anak sulung itu melihat dirinya bersedih pada hari jadinya.
   "Abi... Happy birthday!" Anak sulungnya yang berusia empat tahun itu diletakkan di atas riba. Tembam dan sangat comel. Pipi Faiz dicium anaknya sebagai hadiah hari jadi, pada tangan anaknya terdapat sebungkus kotak hitam. Faiz tersenyum senang, sifat kebapaannya terserlah pada saat-saat seperti itu. Nama anak sulungnya dipanggil dengan manja,
   "Eqhwan anak abi, ni hadiah untuk abi ke?" Faiz menunjukkan jarinya ke arah kotak hitam yang dipegang anaknya.
   "Oh ye abi, hadiah ni ade Uncle yang bagi. Wawan tak kenal pon Uncle tu. Nah abi." anak sulungnya berbicara pelat, kotak hitam itu dihulurkan kepada Abi kesayangannnya.
   "Cepat la Abi, Umi panggil tiup kek tu." rayu anaknya, kemudian anak itu berlari keluar dari bilik sambil menyanyi lagu happy birthday. Aktif dan nakal. Sangat comel!

   Faiz tersenyum sambil menggeleng. Dia duduk kembali di atas kerusinya, kotak hitam pada tangannya ditenung. "Uncle?"
   Perlahan-lahan dia membuka kotak bungkusan. Bismillah...
   Faiz mengeluarkan isi kotak itu.

   "Bunga mawar ungu?!" terperanjat Faiz, disertakan sekali sekeping kad yang diikat kemas pada bunga mawar ungu tersebut. Dia tersenyum membacanya.
   "Uhibbukafillah abadan abada..... Eqhwan?!" Faiz tersentak. Dia bergegas keluar mendapatkan anak sulungnya.
   "Muhammad Eqhwan anak Abi. Mana Eqhwan jumpa Uncle tadi?"
Apakah Eqhwan masih.....?

                                    * * * * *

MALAM KEJADIAN


   "EQHWANNNN!!!"
   Jerit Faiz dari atas kapal Zenith. Dengan segera Eqhwan meneguk formula kimia yang dia ambil daripada poket Amin dalam gelap sewaktu grand dinner tadi. Satu senyuman nakal diukirnya.

   "I'll be back! Hehehe..."

    Kemudian, Eqhwan pun hilang dari pandangan ditenggelami air laut.


                                   ~Tamat~

                                    (^_^)

EPISOD 7 : CASE CLOSED

EPISOD 7 : CASE CLOSED


    "Hang...."
  
    "Eqhwan?!!!" kata Faiz, dalam nada tidak percaya. Kemustahilan yang sungguh menikam kalbu!
   "Sorry lah Faiz, ending cerita kita dramatik sikit." bicara Eqhwan diiringi hilaian kejam. Pada tangan kanannya dipegang senjata Desert Eagle version 81. Senjata berteknologi tinggi pada zaman itu.
   "Hang... Hang bunuh Izzah?!" Faiz ternyata sukar untuk menerima kenyataan. Sahabat karibnya, membunuh Izzah.
   "Well Faiz, setiap yang hidup, pasti akan MAMPOS! Semua akan mati tau! HAHAHA!!!" deraian tawa Eqhwan semakin kuat.
   "Tapi... kenapa?" perlahan-lahan Faiz berdiri, mukanya menunjukkan reaksi sedih. Hatinya berkecai seribu. Perasan hampa dan kecewa datang menyapa.
   "Hang tak payah buat muka seposen kat sini! Ni bukan drama korea hang nak buat muka macam tu. Semuanya dah terlambat!" nafsu amarah merasuk kalbu Eqhwan.
   Faiz memberanikan dirinya mendekati Eqhwan. Emosi Eqhwan tidak stabil. Sangat tidak stabil.
   "Woi! Selangkah lagi hang dekat dengan aku, hang boleh join Anas, Amin dengan Izzah! Jangan berani berani hang nak mencuba!" mata Eqhwan merah. Pistolnya diacu ke arah Faiz. Langkahan Faiz terhenti.

   "Sebenarnya... Aku dah lama suspek hang Eqhwan, aku tau hang yang bunuh Anas." Faiz berkata perlahan. Dia tidak mahu hati Eqhwan lebih terbakar. Eqhwan terperanjat dengan kenyataan Faiz.
   "Macam mana... Macam mana hang boleh tahu?!" geram sungguh suara Eqhwan berbicara.
   "Hang dah buat satu statement yang memerangkap diri hang sendiri. Ingat tak, kat pejabat Usmar, hang ada cakap yang Sufian bagitahu, Anas meninggal pakai jubah putih. Tapi bila aku tanya Sufian, dia kata malam tu dia tak nampak apa-apa pun dalam surau KUPSIS. Gelap sangat. Dan hang, hang yang kononnya tak dak kat tempat kejadian boleh tau yang Anas pakai jubah, warna putih pula tu. Dan aku syak, hang menyamar sebagai waris pelajar dengan topeng hang, duduk di saf depan, kemudian membunuh Anas..." terang Faiz dengan teori detektifnya. Tidak mustahil untuk Eqhwan menyamar tanpa dikesan kerana kemahiran topeng yang dimilikinya.

   Eqhwan tercabar. Satu senyuman jahat tercalar pada wajahnya. "Hebat Faiz. Hebat! Ya, memang... Memang aku yang bunuh Anas... Memandangkan nyawa hang bakal melayang, biar aku ceritakan semuanya... Malam tu, aku menyamar sebagai waris pelajar dan duduk di saf depan. Bila lampu dipadamkan untuk sesi layar keinsafan, aku mula mengatur langkah. Terima kasih pada Anas sebab pakai perfume yang sangat kuat, aku boleh kesan posisi dia biarpun dalam gelap. Nasib baik aku cuma terlanggar kaki Anas sikit ja malam tu time aku merangkak mendekati sejadah Anas, kalau tidak... kantoi."
   Faiz teringat bahawa Sufian ada memberitahu bahawa dia terdengar Anas menyebut 'aduh' sewaktu memberi tazkirah dalam sesi layar keinsafan, dan Amin pula memberitahu bahawa Anas memakai wangian yang kuat pada malam itu. Segala bukti semakin jelas.
   "Aku ambil peluang yang ada, untuk sapukan racun neurotoxin pada sejadah Anas. Dan bila dia menjadi imam solat hajat, dia akan sujud dengan lama... dan selama-lamanya!!! HAHAHA!!!" tawa Eqhwan semakin menakutkan.
   Faiz tersentak dengan kenyataan itu. Benar, kebiasaannya Anas gemar bersujud dalam tempoh waktu yang lama, apatah lagi bila solat hajat. Anas pasti telah menyerap masuk racun pada sejadahnya, dan...arwah.
   "Eqhwan! Kenapa hang kejam sangat, sampai hang sanggup bunuh Anas? Sahabat hang sendiri?!"  Faiz tidak dapat menahan emosinya, kepercayaannya dicabul oleh insan bergelar sahabat. Air matanya berlinang, mengalir setitik demi setitik. "Tak cukup dengan Anas, hang bunuh pula Amin, dan sekarang Izzah! Mengapa Eqhwan? Mengapa?!"
   Eqhwan menjerit dengan sekuat hati.
   "AARRGGHHHHH!!!! Aku, hang kata kejam?! Kalau hang nak tau... Anas... Anas yang bertanggungjawab dengan kematian anak aku! Anas bunuh anak aku! Dia SETAN!" nafas Eqhwan turun naik kuat, Faiz tersentak mendengar kata-kata Eqhwan. Kini, air mata turun dengan deras membasahi pipi Eqhwan.
   "Anas ada bagitau aku yang anak aku, Amirul Faiz meninggal akibat masalah pernafasan, berpunca daripada komplikasi jantung. Aku percaya kata-kata Anas, dan pada waktu itu aku redha. Kemudian, aku pergi mendapatkan balik borang-borang berkaitan anak aku kat Hospital Zenith. Time tu Anas off day. Ada doktor lain yang bagitahu aku, bahawa anak aku bukan mati disebabkan jantung. Anas... Dia bohong aku!" kata Eqhwan lagi, dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa dirinya ditipu. Egonya dipijak-pijak. Apatah lagi penipuan itu berkaitan kematian anaknya.
   Faiz berdiri kaku, dia dapat merasakan kesedihan yang ditanggung Eqhwan, setelah kehilangan isterinya yang tercinta, yang tinggal hanyalah insan bergelar anak. Kemudian, anak kesayangannya pula pergi buat selamanya. Betapa jiwa Eqhwan disiat-siat. Keperitannya tak siapa mengerti. Siapa tidak bersedih hati kalau isteri dan anak pergi menghadap Ilahi.
   "Suatu hari nanti, hang dah ada anak sendiri, hang akan faham perasaan aku..." tambah Eqhwan, tangannya terketar-ketar memegang senjata.
   "Tapi... Itu kes Anas. Kenapa hang mesti bunuh Amin? Dia takdak dosa dengan hang." persoalan itu sejak dari awal bermain dalam fikiran Faiz. Dia musykil.
   Eqhwan berang, "Dia lah manusia yang paling berdosa dalam hidup aku!" tangisan Eqhwan terhenti, matanya bertambah merah apabila nama Aminudin disebut.
   "Anak aku meninggal time aku tengah buat research dan bekerjasama dengan navy. Eqhwanium, itu elemen yang aku jumpa dan ekstrak dari tumbuhan laut dalam. Formula kimia yang Amin bangga-banggakan itu adalah hasil usaha aku! Research aku terhenti sebab aku kena stabilkan emosi dengan pemergian anak aku. Time aku tengah down, dia teruskan research aku, dan hebohkan pada dunia yang formula tu dia yang cipta! Itu hang kata tak berdosa?!" muka Eqhwan burtukar geram. Dendam kesumat menguasai diri.
   Faiz terkejut, dia mengesat air mata pada wajahnya, kemudian berkata
"Eqhwan... sebenarnya, pembunuh anak hang.. adalah..." bicara Faiz terhenti, nafasnya ditarik dalam. Eqhwan menanti.

   "Hang sendiri." Faiz menghabiskan sisa katanya. Mata Eqhwan yang merah terbeliak besar.
   "Apa yang hang mengarut ni?!" hati Eqhwan terbakar dan membara, kemarahannya tidak mungkin dapat dipadamkan dengan jutaan fire extinguisher sekali pun.
   "Benar Eqhwan. Anak hang meninggal kerana masalah pernafasan, tapi bukan disebabkan jantung. Sebelum kita berlayar, aku ada pergi ke Hospital Zenith untuk mendapatkan beberapa maklumat tentang Anas, and about your son. Anak hang meninggal sebab dia terminum formula yang hang sendiri cipta, sewaktu dia melawat makmal kimia untuk mencari hang. Hang sendiri ada habaq kat aku yang Amirul Faiz seorang anak yang penuh dengan kemusykilan dan suka mencuba... Dan Anas, dia buat cerita yang anak hang ada masalah jantung sebab dia tak nak hang rasa bersalah. Sebab Anas sayangkan hang!" jerit Faiz, dia berharap agar Eqhwan terbuka hatinya.
   Eqhwan terduduk mendengar kata-kata Faiz. Air mata Eqhwan kembali mengalir sebak, dia melihat tangannya.
   "Dan Amin pula, dia tahu yang hang tak dapat mengawal emosi dengan pemergian anak hang, sebab tu dia tolong teruskan research tu untuk hang. Malam ni, sepatutnya dia mahu mengisytiharkan di hadapan Zenith bahawa hang yang mencipta formula tu... Tapi... Hang bunuh Amin." Faiz menggeleng-geleng, sedih. Sebenarnya Faiz tahu bahawa Eqhwan memberi alasan mahu ke tandas sewaktu grand dinner tadi untuk membunuh Amin, mungkin dengan suntikan beracun. Benar, dining hall pada waktu itu amat gelap, namun kedudukan Amin masih boleh dikesan dengan cahaya infrared yang terpancar pada mikrofonnya.
   Eqhwan yang terduduk kelihatan berserabut, dia diselubungi rasa bersalah yang amat sangat.
   "Amirul Faiz, maafkan ayah... Ayah cuma nak kamu bangga dengan ayah..." Eqhwan berkata dalam nada penuh sayu, "Ayah... Ayah seorang pembunuh!!!" teriak Eqhwan.
   Melihat keadaan Eqhwan yang semakin lemah, Faiz mendekati dirinya, perlahan. Dengan tangkas Eqhwan memegang pistolnya semula dan mengacukan ke arah Faiz. Faiz berundur setapak.

   "Faiz, maafkan aku... Semuanya dah terlambat, lebih kurang lagi 10 minit, 7 bomb yang dah aku lekatkan di bawah luar kapal ni akan meletup. Semua ahli Zenith akan mati!" Eqhwan berkata dalam nada sesal.
   Andaian Faiz bahawa bom-bom itu terletak dalam bilik enjin salah. Jika bom dilekatkan pada bahagian bawah luar kapal, maka amat mudah untuk kapal ini karam.
   "Cliche kan cerita ni Faiz?" Eqhwan menahan sebak di dada. "Dua orang sahabat yang pada akhirnya salah seorang mengkhianati dan membunuh sahabatnya yang lain." kata-kata Eqhwan menyebabkan peluh Faiz bercucuran. Apakah Faiz juga akan dibunuh? Apakah ini penamat ukhwah mereka?

   Perlahan-lahan pistol Eqhwan ditukarkan arahnya teracu tepat pada dahinya sendiri.
   "Faiz... Sebelum ni kita selalu kata nak ukhwah yang kita bina ni berkekalan sampai ke syurga. Tapi sayang, orang macam aku ni tak layak ke sana." kata Eqhwan, lemah.
   "Kau masih boleh bertaubat!" jerit Faiz ikhlas.
   "Maafkan aku.... Sahabat." itu kata-kata terakhir Eqhwan sebelum dia menarik picu pistol yang ditargetkan pada dahinya.
   Masa bergerak amat perlahan pada saat itu.

    KELEKAK! picu ditarik.

"EQHWANNN!!!" Faiz berlari mendapatkan sahabatnya. Mata Eqhwan tertutup. Jikalau ditembak pada jarak sedekat itu pada bahagian kepala, sudah pasti peluru pistol desert eagle itu akan menyebabkan kepala Eqhwan hancur berkecai.

   POOOFFFFF!!!!

                                * * * * *



   POOOFFFFF!!!!

   . . .

  "Eh?!" Eqhwan membuka mata perlahan-lahan. Bunga mawar berwarna ungu terkeluar dari lubang pistol. Dia masih bernyawa. Apakah?
   Tiba-tiba Izzah yang sudah lama terbaring, bangun berdiri. Dia berpura-pura pengsan. Play death. Tapi, bagaimana...?
   "Hello Mina, bom-bom tu ada pada bahagian luar bawah kapal. 7 biji semuanya!" Izzah memberi arahan kepada Mina yang berada di tingkat atas kapal melalui touch skinnya.
   "Roger that!" balas Mina.
   "Hang... hang tak mati lagi?" Eqhwan pelik, dia telah pun menghentam kepala Izzah dengan sepenuh tenaganya. Mati hidup semula?
   Izzah menunjukkan ke arah kepalanya, "Anak tudung ni aku reka khas untuk shock-absorber. Aku pura-pura pengsan tadi sebab nak dengar pengakuan hang. Pistol tu pula, aku import dari German. Aku dah tukar dengan pistol real hang masa aku menyamar jadi waiter dan langgar hang. Sorry about that. And one more thing, tak baik cakap orang bodoh." Izzah berkata sambil tersenyum. "Aku pun dah syak hang lama Eqhwan, sebab aku ekori hampa berdua makan kat restoran hari tu. Muka hang time bercerita pasal isteri and anak sulung hang sangat sedih dan sayu. Tapi... Tangan yang hang sorok bawah meja makan menggenggam buku lima yang cukup kuat. Hang berdendamkan?" spekulasi Izzah.
   Faiz mengambil peluang itu, dia menggenggam tangan Eqhwan. "time aku peluk hang depan pintu pejabat Usmar, aku dah syak yang hang sorok pistol dalam baju. aku musykil, apa Chemist nak buat dengan pistol?" giliran Faiz tersenyum. "Insaflah Eqhwan, sesungguhnya Allah menjadikan mati dan hidup itu sebagai ujuian buat hamba-Nya. Surah al-Mulk, ayat dua." sempat lagi Faiz selitkan tazkirah.
   Eqhwan terkesima dengan kehebatan sahabat-sahabatnya, dia kembali senyum. Kagum.

   "Jadi selama ini, akulah tikus yang termasuk dalam perangkap sendiri." kata Eqhwan dalam nada perlahan.
   "Eqhwan... CASE CLOSED!" Faiz dan Izzah berkata serentak.
   Eqhwan ketawa malu. Dia mengeluarkan dua botol kecil daripada poket seluarnya.
   "Sebelum aku serah diri, aku ada hadiah untuk hampa." satu senyuman terbit pada wajahnya.
   "Hadiah?" Faiz musykil. Eqhwan, full of surprise.
   Dengan pantas tubuh Faiz ditolak kuat ke tepi oleh Eqhwan, satu botol di tangannya dihentakkan ke lantai, dan satu lagi dilempar ke dinding. Botol yang jatuh ke lantai tadi pecah lalu mengeluarkan asap tebal. Pandangan mereka kabur.
   "Ais kering!" jerit Faiz. Lebih kurang 10 saat, penglihatan mereka kembali pulih, gas air kering itu semakin berkurangan.
   "Ah? Dinding tu... Berlubang! ni mesti asid pekat!" Izzah menunjukkan ke arah dinding yang berlubang. Eqhwan berjaya melepaskan diri!


                                  * * * * *

   Di atas bahagian atas deck, semua warga Zenith sedang berada dalam keadaan cemas. Kemudian Mina memberi arahan tegas,
   "Safwan, aku perlukan 7 orang lelaki yang perkasa lagi budiman untuk selamatkan kapal ni!" jerit Mina kepada Safwan, yang merupakan Naib Presiden Navy Negara.
   "Takdak hal!" Safwan membuat simbol thumbs up. Dengan pantas Safwan, Zulfadhzli, Uzair, Azri, Aizat, Ammar dan Aliff Sabri berkumpul di hadapan Mina.
   "Kami lelaki budiman sedia berkhidmat!" jerit mereka bertujuh, serentak dan bersemangat. Sahabat-sahabat yang melihat ternyata kagum.
   "Bagus! Kat bahagian bawah kapal ni dah dilekatkan dengan 7 biji bom. Tinggal lebih kurang 5 minit lagi sebelum bom ni meletup. Kita perlu hapuskan bom ni... or else... Kita yang terhapus!" Mina mengeluarkan arahan.
  Dengan beraninya 7 jejaka tadi terjun ke dalam laut dan mencari 7 bom yang dimaksudkan. Mereka sanggup berkorban nyawa demi sahabat-sahabat Zenith yang lain. Itulah itsar; melebihkan sahabat daripada diri sendiri. Sementara itu, Izzah dan Faiz keluar dari dining hall dalam keadaan lemah, turut serta berkumpul di atas deck kapal.
   "Hang okay? Mana Eqhwan?" tanya Usmar, risau.
   "Fizikal aku, Alhamdulillah. Emosi, not very well... And Eqhwan..." Faiz menggeleng perlahan.
   "Macam mana dengan bom?" tanya Izzah kepada Afrina yang kebetulan berada berdekatan dengannya.
   "Don't worry, Shawn and siblings handle." balas Afrina, dia tidak mahu Izzah bertambah gusar. Lagipun, Safwan dan sahabat-sahabatnya amat handal berenang. Persis Pandalela Rinong.
   Dua minit kemudian, Safwan, Zulfadhzli, Uzair, Azri, Aizat, Ammar dan Aliff naik ke atas deck kapal dalam keadaan lenjun. Masing-masing memegang sebiji bom yang berserabut dengan wayar.
   "Tinggal 3 minit!" Izzah mengingatkan.
   Safwan memerhatikan bomb-bomb di hadapannya. Sepanjang dia dalam Navy, Safwan tidak pernah melihat bom sekompleks itu. Nyata, bomb itu bukan bomb yang sebarangan.
   "Serabut sangat bomb ni, ada wayar hijau, putih, ungu, hitam... Aku tak tau macam mana nak stopkan bom ni!" jerit Safwan. Hampa.
   Faiz terfikirkan sesuatu, "Shawn, potong wayar yang warna ungu!" dia mengeluarkan arahan.
   "Awat?" Safwan musyki.
  "Just trust me and do it! Cut the purple wire. There is no time for awat-awat!" tegas Faiz dalam bicaranya.
  "Baik." Safwan mengangguk. Dia dan enam lagi sahabatnya memegang objek tajam seperti kunci untuk memotong wayar yang berwarna ungu. Peluh cemas membasahi mereka bertujuh, begitu juga dengan sahabat-sahabat Zenith yang memerhatikan. Cemas. Jika tersilap potong, jawabnya berkecai!

   KLAK!

'The bomb has been deactivated.'

   "Hahh!! Alhamdulillah..." Safwan menarik nafas lega. 6 biji bom berjaya dinyahaktifkan. tinggal satu sahaja lagi; bomb di tangan Aizat.
   "Tak guna, wayar ni tebal sangat, tak boleh nak potong!" jerit Aizat Asmawi. Cemas.
   "Tinggal seminit!" jerit Izzah.
   Semua warga Zenith menjerit risau, bom itu bakal meletup, nyawa semua dalam bahaya.
   Tiba-tiba, dari jauh ramai yang melihat satu figura berlari pantas ke arah Aizat Asmawi. Bom di tangannya ditendang kuat melayang jauh ke langit malam oleh figura misteri itu.

   BOMMM!!!!

   Satu cahaya terang daripada bom yang meletup menerangi langit malam. Semua warga Zenith memfokuskan pandangan mereka ke arah hero yang telah menyelamatkan mereka. Dia.....

   "FAHMI HAZIQ?!" semua terkesima. Kagum. Mereka menepuk tangan dengan gemuruh. Laungan tahmid menggegar langit, sebahagian mereka melakukan sujud syukur. Alhamdulillah, selamat.
   "Hehe... Hal kecik ja tu." kata Fahmi Haziq dengan senyumannya yang comel. Dialah hero tadi.
   Semua warga Zenith menarik nafas lega. Pada satu sudut yang jauh, Faiz terlihat kelibat seseorang sedang berdiri di atas penghadang besi kapal Zenith.
   "Itu... Eqhwan!" kata Faiz. Kini, semua mata tertumpu ke arah Eqhwan, posisinya seperti mahu terjun ke laut membunuh diri.
   "Maafkan aku semua, aku bukan sahabat yang baik." sejurus dengan kata-kata itu, Eqhwan pun melompat terjun ke dalam laut. Faiz dan beberapa orang sahabat lain berlari ke arah Eqhwan, cuba untuk menyelamatkannya.

   Masa seakan-akan berdetik perlahan...

   Eqhwan terjun ke laut dalam...

   Faiz berlari mendapatkannya...

   Dari atas kapal, Faiz melihat Eqhwan jatuh ke dalam laut dan hilang ditenggelami air. Sedikit pun tiada usaha untuk berenang menyelamatkan diri. Dia nekad.

   "EQHWANNNN!!!" teriak Faiz sepenuh kudratnya. Dia mahu terjun ke dalam laut bagi menyelamatkan Eqhwan, namun dirinya ditarik oleh sahabat-sahabatnya yang lain.

   "Faiz, hentikan. Mustahil dia boleh selamat." kata Usmar, rasional.
   "Astaghfirullah..." Faiz berkata sayu, dia terduduk lemah. Air matanya bercucuran membasahi wajah. Tidak dia sangkakan, persahabatan dan ukhwah yang mereka bina, berakhir dengan tragedi duka. Kadang-kadang, ujian itu juga hadir dalam berukhwah. Allah mahu menguji keikhlasan ukhwah mereka. Semoga Allah redha.
   Suasana di atas deck pada waktu itu amat memilukan. Seorang lagi ahli Zenith..... Meninggalkan mereka buat selamanya.
Monday 26 November 2012 | By: Zenith

EPISOD 6 : Hang...?!

EPISOD 6 : Hang...?!

Zenith Ship.
Dining hall.

   Grand Dinner. Satu majlis makan malam yang penuh berprestij, tambahan pula malam ini malam terakhir pelayaran mereka. Jika tiada aral melintang, mereka akan selamat berlabuh di Paris keesokan paginya.
   "Hah... It brings back some kind of memory." Eqhwan menggosok-gosok tangannya. Di hadapan mata mereka terhidang pelbagai jenis makanan, Western, ala-ala kampung, nasi Arab, dan bermacam-macam lagi. Halalan Toyyiban - Halal lagi baik.
   Faiz tersenyum melihat gelagat Eqhwan. Tak berubah. Dia kini duduk satu meja dengan Eqhwan, Redzuan, Sufian, Usmar, dan Aminudin. Malam ini peluang terakhir bagi mereka untuk mendapatkan bukti-bukti kukuh memerangkap si pembunuh. Mata Faiz seperti mencari seseorang. Eqhwan yang duduk di sebelahnya dicuit.
   "Mana Izzah?" bisik Faiz.
   Kini mata Eqhwan turut menerawang mencari kelibat Izzah. Apa yang dapat dilihatnya hanyalah sahabat-sahabat Zenith yang berpakaian korporat, penuh elegan, anggun, segak, dan yang penting, menepati syarak. Namun Izzah, M.I.A. atau dalam bahasa jawa, Missing in action.
   "Wait aku call Mina." Gadget touch skinnya ditekan, nombor Mina didail. Dari jauh Faiz melihat Mina sedang merapatkan tangan kirinya berdekatan dengan telinga.
   "Eqhwan to Mina, Eqhwan to Mina, are you in?" kata Eqhwan dalam nada perlahan. Pada waktu itu persembahan muzik sedang dipersembahkan oleh Shawn's siblings, maka dining hall pada waktu itu agak gamat, perhatian Redzuan, Sufian, dan Amin juga tertumpu pada persembahan mantap mereka.
   "I'm in." balas Mina spontan.
   "I need to know II's position, II's position. Are you clear?" kata Eqhwan lagi. II, singkatan bagi Izzah Ibrahim.
   Mina melihat sekeliling, kemudian dia melihat ke arah Eqhwan dan Faiz sambil menggeleng. "Negative!" jawab Mina menerusi touch skin miliknya.
   "Find her, we need back up." Faiz menarik tangan Eqhwan lalu memberi arahan dalam nada counter strike.
   "Roger that!" Mina mengangguk. Eqhwan menyahaktifkan touch skinnya. Di mana Izzah?


   "There you have it ladies and gentlemen. Shawn's siblings!" ucapan Nick diikuti tepukan gemuruh para hadirin. "And now, for our grand finale event, I would like to invite the captain of this huge Zenith ship to give his speech. I present to you, Admiral Aminudin Che Omar!" sekali lagi dining hall dipenuhi dengan bunyi tepukan gemuruh.
   Amin bangun dari meja makan dan bergerak ke atas pentas. Mikrofon dicapainya. Diadjust sedikit, kemudian dia mula berucap. Satu cahaya merah terang yang kecil terpancar dari mikrofon itu. Infrared.
   "Assalamualaikum and a very good day everyone. Alhamdulillah, pelayaran kita menuju ke Paris untuk tujuan reunion berjalan lancar. I'm very glad to stand here today..." Amin berucap dalam beberapa minit, dalam ucapannya diselitkan juga kejayaan formula kimia yang baru tercipta. Formula itu membolehkan manusia bernafas dalam air untuk jangka masa yang lama. Sangat bermanfaat bagi navy.
   "And as the closing, I would like to present the 4D video on this awesome formula!" kata Amin lagi. Dining hall digelapkan, kemudian muncul sebuah skrin 4D besar. Dalam video itu, diceritakan bagaimana formula kimia itu dicipta. sambil video itu dimainkan, Amin memberi briefing serba sedikit mengenai formula hebat itu. Para hadirin yang melihat berasa kagum. Sungguh!

   "Excuse me, I need to go to the gent," Eqhwan meminta diri. Silap besar dia meminum terlalu banyak jus oren pada malam itu. Dalam dewan yang gelap dia berjalan. Selangkap demi selangkah....

   DUP!

Eqhwan terlanggar seseorang.
   "Hey, watch where you going!" kata Eqhwan dalam slank WWE.
   "I'm sorry sir, I'm just a waiter here." kata waiter itu, meminta ampun.
   Eqhwan tidak dapat melihat wajah waiter itu, dining hall pada malam itu sangat gelap. Yang dapat dilihat hanyalah video yang sedang dipaparkan pada skrin 4D. Eqhwan berlalu pergi.

                                      * * *

"This formula is very expensive. The cost..." Amin teruskan ucapannya. Faiz khusyuk mendengar, dia amat meminati perkara-perkara yang berhubungkait dengan kimia.
   "The cost is about... Uhuk.... Uhuk... about... HUKK!!!" suara Amin tersekat-sekat. Faiz perasankan sesuatu yang buruk sedang berlaku. Amin tidak lagi bersuara. Apakah...?
   "Switch on the light! Switch on the light!" 'Usmar yang berada di samping Faiz mengeluarkan arahan. Cemas. Syazwi yang mengawal P.A. system menghidupkan lampu.
   Dining hall kembali terang. Semua mata tertumpu ke arah pentas...
   "AHHHHH!!!!!"
Gamat Dining hall dengan teriakan kaum hawa. Amin, terbujur kaku di atas pentas! Faiz berlari mendapatkan Aminudin.
   "Paiq!" jerit Usmar, jarinya menunjuk ke arah skrin, tertera angka 60 minit dalam warna merah. Angka itu semakin berkurangan.
   "Apa ni?" Faiz musykil, keadaan berserabut. Suasana dining hall bertukar cemas. Ibarat Titanic karam!
   Tiba-tiba, satu dentuman kuat berbunyi dari arah luar kapal.

   BOOMMMM!!!!!

   "Bom?! Tak guna!" Faiz berkata geram, dia terus berlari ke arah pentas mendapatkan Amin. Usmar pula mencapai mikrofon lalu memberi arahan,
   "Everybody remain calm. Selamatkan diri, semua pergi ke floor kapal yang paling atas! Now!" Tegas Usmar. "Mina, handle everyone." tambahnya lagi.
   Faiz melihat keadaan Amin, kaku. Pada masa itu juga Eqhwan tiba. "What the...?!" Eqhwan terperanjat. Kalau Aminudin pembunuh yang dicari, mengapa dia....? Wajah Eqhwan berkerut.
   Yang mengelilingi jasad Amin pada waktu itu adalah Usmar, Afzan, Eqhwan, Faiz, dan Zakri. Sufian dan Redzuan membantu Mina membawa para penumpang ke tempat selamat.
   "Hello Awi! Apa dah jadi dengan PA sistem?" Afzan menghubungi Syazwi, matanya kelihatan geram.
   "We need to be quick! We have to save the ship, and Amin's life as well. Panggil medik! panggil medik!" teriak Faiz penuh cemas. Sejurus itu, Dr. Iskandar dan Dr. Zulfadhli hadir mahu memberi rawatan.
   "Tunggu!" Eqhwan melarang. Semua mata tertumpu ke arahnya. "Amin dah tak de..." Eqhwan meletakkan jarinya berdekatan hidung Amin, pernafasannya terhenti. "Kalau orang lain campur tangan, bukti pembunuhan boleh terjejas." kata Eqhwan, yakin dan meyakinkan. Iskandar dan Zul mengangguk faham.
   "Eqhwan, we have no time. Hang dengaq bunyi bom tadi kan? I believe there are more! Zakri, how is the ship's condition?" Faiz bertanya kepada Zakri. Touch Skin Zakri ditekannya.
   "Kapal ni ada 7 compartments. Compartment 1 dah corrupt due to the bom explosion. Air laut dah penuhkan compartment 1. Tinggal 6 compartments je lagi. Or else... We will sink like... Titanic!"  balas Zakri. Nyata, dia musykil bagaimana sistem perkapalannya yang utuh terganggu.

   "Zakri, kalau hang jadi pengebom, kat mana sasaran utama hang?" soal Faiz lagi. Dia terfikirkan sesuatu. Zakri diam sebentar, kemudian berkata, "Bilik kawalan enjin. Kalau enjin scania musnah, kapal ni... Doom!" jawab Zakri penuh dramatik.
   "Bilik kawalan enjin? Izzah..." tiba-tiba Afzan bersuara.
   "Kenapa ngan Izzah, Afzan?!" tanya Faiz cemas.
   "Izzah bagitahu dia nak ke sana tadi!" balas Afzan. Eqhwan dan Faiz berdiri, berpandangan sesama mereka. Lantas, mereka berlari meninggalkan Amin bersama yang lain. Usmar merasakan bahawa Eqhwan dan Faiz terfikirkan sesuatu.
   "Yang lain, tolong bawa jasad Amin pergi atas. Save our life!" arahan daripada seorang ketua batch. Is, Zul, Zakri dan Afzan akur.
   Usmar memandang Eqhwan dan Faiz yang berlari kencang, "Hati-hati, detectives!" monolog Usmar berbisik.

                                   * * * * *

   Eqhwan dan Faiz berlari pantas. Seperti Sasuke dan Naruto. Tinggal lebih kurang 40 minit ! Nyawa Zenith dalam bahaya.
   "Bilik enjin tingkat berapa?" soal Faiz dalam keadaan bergegas.
   "Bawah sekali! Di basement!" Eqhwan sudah menghafal struktur kapal melalui blueprint milik Zakri yang dilihatnya tempoh hari. Mereka terus memecut.
    "Nyawa Izzah dalam bahaya, pembunuh tu mungkin ada kat bilik enjin juga!" Faiz kelihatan risau. Mereka berlari dan berlari, sampai pada satu tempat, langkahan mereka terhenti. Di hadapan mereka terdapat dua laluan.
   "Kiri ka kanan?" soal Faiz.
   "I'm not sure. Tak pe, aku ke kiri, hang ke kanan. Apa-apa berlaku, roger aku!" balas Eqhwan. Di situ mereka berpisah. Mereka perlu tangkas bertindak, atau nyawa sahabat-sahabat mereka... Terkorban!

                                   * * * * *

BILIK ENJIN

   Izzah membuka pintu bilik enjin perlahan-lahan. Gelap. Dengan penuh berhati-hati dia melangkah masuk.
   "Mesti ada bom lagi kat bilik ni." Izzah membuat andaian. "Mana ni?" matanya cuba mengesan sesuatu.

   DUSH!

   "Ahhh!" jerit Izzah. Penglihatannya kabur. Lama-kelamaan, gelita. Kepalanya dihentak dengan objek keras dari arah belakang. Izzah, rebah mencium tanah.
   "Hahaha!! Mati kau! Detektif konon! BODOH!" pembunuh itu ketawa jahat. Tikus sudah masuk perangkap!

                                    * * * * *

   Pecutan Faiz terhenti, "Itu suara... Izzah!" dia me-reverse-kan direction-nya. Dengan pantas Faiz menuju ke arah sumber jeritan tadi...

BILIK ENJIN.
 
    "Sampai pun!" Faiz berkata perlahan. Jantungnya berdegup kencang. Cemas. Perlahan-lahan pintu bilik enjin dibuka.

   "ASTAGHFIRULLAH AL-'AZIM!" mata Faiz tertumpu pada satu jasad yang terbaring lemah dalam bilik gelap itu.
   "Izzah!" langkahan Faiz menuju pantas ke arah Izzah.
   "Tadi Amin, sekarang Izzah Ibrahim. Tak guna!" monolog Faiz.
 
   PAPPP!!!

   Satu bunyi kuat datang dari arah belakang Faiz, Pintu besi bilik Enjin ditutup.

   KELEKAK!

   Dan dikunci.

   Bilik itu menjadi betul-betul gelap. Faiz hanya dapat mendengar suara ketawa jahat menguasai gegendang telinganya dalam bilik enjin. Pembunuh itu menekan suis lampu. Jantung Faiz berdegup dengan sangat kencang! Bilik yang tadinya gelap bertukar terang. Wajah si pembunuh durjana jelas di hadapannya.
   Jahat. Sungguh jahat air muka si pembunuh, disertakan dengan hilaian tawa yang kejam. Satu pakej untuk si pembunuh.
   Mata Faiz tidak berkelip. Sukar untuk dia menerima kenyataan. Luluh hatinya.
   Dalam nada tidak percaya, Faiz berkata.....

   "Hang...?!"

EPISOD 5 : UKHWAH FILLAH

EPISOD 5 : UKHWAH FILLAH

   Senja. Langit diselimuti rona-rona jingga. Mentari hampir tewas, dari arah kapal Zenith, kelihatan seperti mentari itu ditenggelami lautan luas.
   Faiz membiarkan pandangannya terbang jauh. Dia mengeluh. Risau. Besi yang menghadang kapal Zenith digenggam erat. Faiz berada betul-betul di hujung deck kapal. Perlahan-lahan, penglihatannya bertukar gelap. Matanya ditutup dari belakang.

    "Teka siapa saya?" satu suara kontrol ayu bermain tekaan dengan Faiz.
   "Hmm.. Ada clue tak?" Faiz layankan sahaja... Dah macam salah satu scene dalam movie titanic.
   "Saya manusia paling comel dalam dunia. Lagi comel dari awak." suara ayu itu membuat pengakuan. Ikhlas dan jujur.
   "Alamak, susah ni, mana ada orang yang lebih hensem daripada saya." balas Faiz, di hujung tawanya hadir sebaris tawa.
   "Teka cepat, kalau tak awak akan jadi makanan jerung dalam laut ni!" suara itu mengugut.
   "Ha... Siapa lagi kalu bukan Encik Perasan Amirul Eqhwan!" teka Faiz. Tangan yang menutup matanya dipegang Faiz, perlahan-lahan dia berpaling ke belakang.
   "Aku dah agak dah, hang Eqh..." kata-kata Faiz tersekat di kerongkong. Matanya terbeliak!
   "Hah?! Maya Karin?!" terperanjat Faiz dibuatnya. Maya Karin, antara pelakon terkenal dalam filem Ombak Rindu beberapa tahun dahulu. Jantungnya berdegup kencang. Benarkah siapa yang berada di hadapannya?
  "Saranghae yo Faiz..." insan bergelar Maya Karin itu mengenyit mata. Manja, sweet dan cute.
   Faiz mengukir senyuman di bibirnya, hidung insan di hadapannya dipicit manja. Dengan pantas Faiz menarik kulit insan itu.

    . . .

   "Lemah jantung aku, Eqhwan. Hang tak boleh tipu aku, aku kenal sangat bau hang..." Faiz menarik nafas lega. Topeng rupanya! Eqhwan mendekatkan tangannya ke hidung untuk dihidu, "tak dak bau pon, baheng ja..." Eqhwan menggosok-gosok hidungnya. Sakit. Faiz kembali menghadap laut, nafas panjang dihembusnya.
   Eqhwan dapat merasakan sesuatu bermain di fikiran sahabatnya, lalu dia meletakkan tangannya pada bahu Faiz seraya berkata,
   "Hang okay Faiz, teringat kat tunang ka?" Eqhwan cuba menyelami emosi sahabatnya itu.
   Faiz tersenyum. Tawar.
   "Eqhwan... Cuba hang tengok matahari tu. Cantik kan?" giliran Faiz bermain kata. Eqhwan anggukkan sahaja.
   "Bagi aku, sahabat itu umpama cahaya mentari... Menyuluh antara satu sama lain ke arah mahmudah. Terang. Macam hang cakap malam tadi, mentari adalah sahabat kepada rembulan. Aku banyak fikir pasal tu..." Faiz berhenti seketika.
   "Fikir pasal apa?" Respon Eqhwan. Musykil.
   Jari telunjuk Faiz menunjuk ke arah mentari jingga, kemudian dia bersuara, "Bulan dan matahari dihubungkan dengan cahaya, sama seperti sahabat. Sedar atau pun tidak, Allah SWT menghubungkan hati antara dua orang sahabat dengan cahaya keimanan dan sinaran Islam. Supaya mereka dapat melengkapi antara satu sama lain. Begitu indahnya ukhwah, sehingga Allah SWT menjadikan ukhwah fillah itu prasyarat meraih halawatul iman." Wajah Faiz bersinar. Eqhwan terdiam kagum. Benar kata-kata sahabat kesayangannya itu.
   "Ya, sahabat... Macam Izzah dengan Nadiah, Sufian dengan Redzuan, Afza dengan Nanad, Hasna dengan Caah, Safwan dengan Pali..."
   Faiz menyebut satu demi satu BFF dalam group Zenith.
   "Caun dengan Afrina, Sah dengan Mina, Syahrul dengan Fahmi, 'Afaf dengan Teah, Ustaz Pauzi dengan ustaz Yus..." sambung Eqhwan pula. Hampir kesemua warga Zenith disebut mereka, semua bersahabat. Ramai sebenarnya, sukar untuk disenarai. Kehidupan di Asrama penuh sungguh menguji diri. Tidak mampu dihadapi seorang diri tanpa sokongan sahabat. Ibarat akar dan pohon. Tak dapat dipisahkan.
   "Dan akhir sekali, macam aku dengan...." bicara Faiz sengaja dihenti,
   "... Aku." Sambung Eqhwan dengan senyuman. Hati mereka menjadi lapang. Itulah ukhwah.
   "Tapi... aku risau... Sebab pembunuh tu ada dalam bulatan persahabatan kita sendiri." Akhirnya Faiz meluahkan rasa hatinya. Eqhwan terdiam seketika, bahu sahabatnya dipegang erat. Hangat.
   "Faiz, tak kira apa pun berlaku, InshaAllah... Kita akan tetap bersahabat... Kita semua." mata sahabatnya ditenung ikhlas. Bercahaya.
   "Faiz, uhibbukafillah abadan abada..." Eqhwan berkata dalam nada perlahan, tetapi sudah cukup tajam untuk menembusi hati sahabatnya. Faiz tersenyum senang. Ukhwah mereka dihangatkan lagi dengan keindahan panorama mentari yang terbenam di ufuk Barat.
   Subhanallah.
   Indahnya ukhwah.
Friday 23 November 2012 | By: Zenith

EPISOD 4 : Pembunuhnya adalah....

EPISOD 4 : Pembunuhnya adalah....

   "Lama rasanya kita tak lepak bertiga macam ni" Amin berkata sambil mendekati Faiz dan Eqhwan. Faiz musykil melihat gelagat Eqhwan, dia kelihatan tidak tenang.
   "Ya... Masing-masing busy dengan kerja. Tak begitu Eqhwan?" tanya Faiz kepada Eqhwan. Sahabatnya itu memegang kepala, matanya kelihatan kuyu.
   "Sorry Paiq and... Amin. Aku tak sihat sikit malam ni." kata Eqhwan dalam nada lemah. "I need to get some rest."
   "Nak aku tolong bawak hang pi bilik?" offer Amin.
   "Oh, it's okay, I can walk by my own." kemudian Eqhwan melangkah lemah, sebaik sahaja posisinya di belakang Amin, dia pun berpalingkan wajahnya ke arah Faiz. Bibirnya terkumat-kamit memberi isyarat kepada Faiz.

   'Berhati-hati.'

   Sejurus itu Eqhwan pun berlalu pergi meninggalkan Amin dan Faiz berduaan di atas deck.
   "Dia seasick ka?" soal Amin kepada Faiz.
   "Setahu aku... tak. Dia penat kot." Jawab Faiz mudah.
   "Oh yea Amin, aku ada dengaq hang dah contribute something big for navy." Faiz cuba membuka cerita. Sekarang mereka berdua sedang melihat keindahan laut yang disinari rembulan mengambang.
   "Alhamdulillah... Satu formula baru berjaya dicipta." segaris senyuman terbit pada wajah Amin.
   "Jadi betul la?" Faiz mengangkat kening.
   "Ya betul. The formula is very effective. Formula kimia untuk manusia bernafas lama dalam air." Amin merenung bulan, matanya bersinar.
    "I'm impressive, the formula must be very useful for navy, isn't it?" Faiz terus menyoal.
   "Yes, indeed. At first the experiment was a failure. Banyak nyawa yang terkorban for this experiment." kata Amin dalam nada perlahan.
   "Terkorban?" nyata Faiz tersentak mendegar perkataan itu.
   Amin mengalihkan pandangannya ke bawah. Air laut malam yang menghentam kapal Zenith ditenungnya. Kemudian dia tersenyum suram.
   "Eksperimen ni tak boleh diuji dengan tikus makmal semata-mata, we need a real human. Ramai tentera laut yang terkena masalah pernafasan time nak uji eksperimen ni." setitis mutiara mengalir di pipi Amin. Perasaan bersalah hadir di sanubari.
   "Jadi, kenapa tak rawat saja, or just stop the experiment?" soal Faiz penuh minat. amat sukar sebenarnya mahu melihat sahabatnya Amin menitiskan air mata.
   "Tak boleh... Eksperimen ni sangat penting untuk navy. Kalau manusia boleh bernafas dalam air, maksudnya kita boleh conquer jalan laut, thanks to this formula, navy's work become much more easier. Dan cakap pasal rawatan..." nafas Amin ditarik panjang. Kepalanya digeleng sedikit. Seolah-olah suatu bebanan menghempap dirinya.
   "...Anas kan?" duga Faiz.
   "Ya... Navy kekurangan medik pakar time tu," nafas Amin dihembus kuat. Seakan-akan turut menghembus segala masalah yang membelenggu dirinya. faiz mengangguk membenarkan.

   "Amin, aku nak tanya hang... Malam pemergian Anas kat KUPSIS, ada apa-apa yang mencurigakan berlaku tak?" Faiz kembali kepada topik utama.
   Amin memejamkan matanya, cuba mengingati sesuatu. Pedih.
   "Malam tu... gelap. Tapi satu perkara yang aku ingat dan tak mungkin lupa... perfume Anas." mata Amin dibuka.
   "Perfume?" Faiz kini dalam lautan kemusykilan.
   "Hang tau la Anas, selalu pakai perfume kuat-kuat, wangi sangat. Nak-nak lagi aku dok saf depan." tambah Amin. Faiz terfikirkan sesuatu, kemudian dia bertanya lagi.
   "Siapa lagi duduk saf depan time tu?"
   "Aku, Wan, warden-warden, waris dan ada pelajar-pelajar sikit." jawab Amin. Neuron dalam sistem saraf Faiz berhubung. Dia terfikirkan sesuatu.
   "Astaghfirullah al-'Azim..." Faiz beristighfar panjang. "Tak mungkin..." dalam nada perlahan kata-kata itu terpacul dari bibirnya.
   "Hang okey Paiq?" tanya Amin.
   "Ah... Yes, I'm okay.... Amin, aku minta diri dulu. Thanks for your information. Assalamu'alaikum." giliran Faiz mengundur diri. Amin menjadi musykil dengan gelagat sahabatnya itu.
   "Waalaikumussalamwarrahmatullah."

 Faiz melangkah lemah menuju ke bilik. Fikirannya berserabut. Setibanya di bilik, Faiz membuka pintu perlahan-lahan. Gelap.
   "Dah tidoq agaknya" kata Faiz perlahan, dia dapat melihat Eqhwan sedang beselimut. Matanya tertutup.
   Faiz melabuhkan diri di atas katilnya. Penat. Sangat penat. Perlahan-lahan matanya terlelap.... Akhirnya terlena.

                                      *****

TET TET TET TET TETTTTT!!!!!

   Butang off jam ditekan, tangan kirinya meraba-raba mencapai cermin mata. Penglihatannya yang kabur bertukar jelas.
   "Pukol 6.30 pagi dah.." Faiz memandang ke arah katil di sebelahnya.
   "Mana mamat ni?" Eqhwan sudah tiada di katilnya.

   "Hatchoo!!" satu suara bersin kedengaran dari bilik air, itu Eqhwan. Eqhwan keluar dari bilik air sambil menggosok-gosok hidungnya.
   "Hang mandi sejuk-sejuk macam ni?" tanya Faiz, pelik. Suhu pada waktu pagi pada permukaan laut adalah rendah pada waktu begini.
   "Eh tak de lah, bilas-bilas sikit ja." Eqhwan melabuhkan dirinya di atas sofa. Minuman coklat panas terhidang di hadapannya.
   "Hang dah subuh?" tanya Faiz lagi.
   "Dah..." jawab Eqhwan mudah. Eqhwan menghirup coklat panas dengan penuh kenikmatan.
   Faiz bangun dari katilnya dan menuju ke bilik air, selesai berwudhu' dia membentangkan sejadah. Sebelum dia menunaikan solat, dia sempat berpesan kepada Eqhwan.
   "Nanti dah siap minum, bersiap cepat. Pagi ni kita ada post-mortem dengan Izzah" matanya memandang Eqhwan.
   Eqhwan mengangkat tabik kemudian berkata, "Aye aye captain!"
   Faiz hanya menggeleng dengan senyuman senang. Takbirnya diangkat. Dalam solatnya, dia berdoa agar urusan mereka dipermudahkan Allah S.W.T. dan semoga sahabat-sahabat Zenith dikurniakan taufiq dan hidayah selama-lamanya....

                                   *****

   "Kalau ikutkan bukti yang kita ada, aku yakin dan percaya.... Aminudin lah suspek utama!" Eqhwan menerangkan ala-ala Sherlock Holmes, idolanya. Waktu itu dia, Faiz, dan Izzah sedang bersarapan di lobi kapal. Kawasan itu agak privasi, tetapi tidak menimbulkan sebarang fitnah.
   "Mungkin....Sebab Afzan punya bisnes dah stabil" kata Izzah pula. Faiz mengangguk bersetuju.
   "and tak mungkin Redzuan, kerugian yang ditanggungnya pun dah selesai and pulih." tambah Faiz pula.
   "Hanya Amin punya kes sahaja yang melibatkan nyawa terkorban" Eqhwan dengan penjelasannya.
   "But we need to find more evidence" Izzah memberi cadangan. Faiz melihat jam tangannya, mereka hanya tinggal 24jam lebih sebelum kapal Zenith berlabuh di Paris. Jikalau dalam tempoh itu tiada pembunuh yang ditangkap, maka kes kematian Anas akan dianggap sebagai satu kebetulan dan bukannya rancangan pembunuhan. Misi mereka akan gagal!
   "Hutang nyawa, mesti dibalas nyawa." tiba-tiba Eqhwan bersuara perlahan.
   "Apa dia?" tanya Faiz, dia ditarik kembali ke alam nyata.
   "Eh... tak dak pa, maksud aku, hanya kes Amin yang melibatkan nyawa. Arakian itu, aku yakin, Amin la dalang dalam kes ni." Eqhwan menyimpul konklusi.
   "But like what Izzah said, we need to find more evidence" Faiz mengingatkan sahabat-sahabatnya. Benar, sudah menjadi etika detektif perlu memiliki bukti-bukti kukuh untuk menangkap seseorang penjenayah. Tidak boleh membuta-tuli bersandarkan teori semata-mata.
   "Malam ni, closing kan?" Izzah mengutarakan soalan yang dia sendiri sudah tahu jawapannya.
   Eqhwan mengangguk, "Grand dinner" wajahnya bercahaya.
   "And ucapan by Amin" tambah Faiz ringkas.
   "Okay, so we'd better be prepared tonight. Get as many evidence as possible" pesan Eqhwan.
   Izzah dan Faiz mengangguk setuju.
   Wajah Faiz kelihatan suram pada waktu itu. Jauh di sudut hatinya, ada perkara serius yang sedang bertandang. Runsing. Nafasnya naik turun. Adakah orang yang disyakinya itu benar-benar membunuh Anas.
   "Tak mungkin dia... Tak mungkin!" Faiz bermonolog sendiri. Kegusaran mengalir dalam dirinya.
Tuesday 20 November 2012 | By: Zenith

EPISOD 3 : REUNION

EPISOD 3 : REUNION

17 JANUARY 2024
ZENITH SHIP

    "WAH!!! Besarnya!!!" Eqhwan mendepakan tangannya sambil menjerit kagum. Ya, di hadapannya kini adalah sebuag kapal gigantic saiznya. Dan apa yang membuatkan dia bertambah kagum adalah perkataan ZENITH yang terpampang gah pada bahagian tepi kapal itu. Bangga!

   "Woi woi, hang jangan lupa pulak misi kita kat sini. Nak siasat kes pembunuhan Anas. Jangan syok sangat." Nasihat Faiz, sifat kebapaannya amat jelas pada saat-saat begini.
   Eqhwan memuncungkan bibir, mukanya toya, lalu berkata "Baik Ayah..." kemudian dia ketawa riang.
    Bahunya ditumbuk perlahan oleh Faiz.
   "Woi apa ni, main kasaq!!!" Eqhwan pula menumbuk bahu Faiz yang berada di tepinta.
   "Ooo... Tak mau mengalah ek, ambek ni!" Satu tumbukan mesra dilancarkan Faiz. Eqhwan dengan tangkasnya menunduk ke bawah. Elak. Tumbukan Faiz melayang menuju seseorang di belakang Eqhwan....

   DUP!

Buku lima Faiz digenggam kemas oleh tangan kiri seorang lelaki yang berblazer hitam pekat, berkaca mata gelap bersinar, tangan kanannya pula memegang telefon bimbit. Lelaki itu sedang sibuk berbicara dengan seseorang dalam perbualan telefonnya.
   "I don't care! By hook or by crook, you must finish the proposal by the end of this week. And I don't want anybody to disturb me. I'm on my vacation!" lelaki itu berbicara tegas, tangan Faiz dilepaskan. Lelaki tadi seakan-akan tidak terkesan langsung dengan tumbukan Faiz. Dia kemudiannya bergegas terus pergi menaiki Zenith Ship tanpa menghiraukan Eqhwan dan Faiz di tepinya, nampak sangat busy.

   "Hang ok dak?" tanya Eqhwan caring.
Faiz mengangguk, tangan kanannya digosok perlahan, kemudian dia berkata "Itu kan...."
    "Redzuan Ahmad" Sambung Eqhwan.
   "Kuatnye mamat tu. Macam Batista baq hang!" katanya lagi.
   "Eleh, tadi aku tumbuk main-main ja. Kalau tak dah melayang dah dia." Faiz, pantang mengalah.
    "Tak pe la, dia hang punya. Dah, jom naik, aku tak sabaq nak berlayar neh." Eqhwan menolak Faiz bergerak ke hadapan, tiket mereka ditunjukkan kepada petugas kapal.
   Sejurus di atas kapal, mata Faiz terbeliak kagum.
   "Wah!!! Besaqnya!!!" kata Faiz separuh tercengang. Dalam kapal itu penuh dengan kemewahan dan teknologi tinggi. Hiasannya ala-ala English. Sekali pandang seperti berada dalan istana. Dua tiga kali pandang pun masih sama!
    "Woi woi, tadi beria sangat dok nasihat aku." perli Eqhwan.
    "Jom, aku dah check in bilik." Eqhwan menunjukkan kunci bilik mereka kepada Faiz.
   "Bilik 1A-2? Wow, what a nice number. tapi, awat kena sebilik ngan hang??" rungut Faiz.
   "Taknak sudah, hang boleh tidoq kat luar." Eqhwan meninggalkan Faiz terpinga-pinga seorang diri. "Yelah2!" Faiz mengalah.
   1A-2, nombor dorm mereka suatu ketika dahulu.
 Pelayaran tiga hari dua malam bermula!!!

                                   *****

  Jam di tangan Eqhwan menunjukkan waktu 2050. Tali leher Eqhwan diletakkan di lehernya. Tangan kiri Eqhwan sibuk mengikat tali leher itu. Pada tangan kanannya pula terdapat tentatif program Reunion Zenith.
  "Malam ni mula-mula ada Solat Hajat, pastu Bacaan Yassin. And lastly High-tea and Ucaptama oleh designers kapal Zenith ni." kata Eqhwan.
   "Siapakah?" tanya Faiz, dia sibuk bersembunyi di sebalik pintu almari menyalin pakaian.
   "Datin Sri Ar Afzan Izzani, dan Dato' Zakri Zainur." Nama-nama orang kuat kapal ini disebut Eqhwan.
  "Ohoo... Malam besok ada apa?" Faiz ingin tahu.
Eqhwan terus meneliti tentatif program. "Malam besok malam last, so ada Grand Dinner. And closing daripada kapten kapal ni."
   "Grand Dinner? I like... And, sapa dia kapten kapal ni?" Musykil Faiz.
   "Sahabat kesayangan kita, Admiral Aminudin Che Omar. Hah! Siap pun!" Eqhwan pergi melihat imagenya di hadapan cermin. Tali lehernya tadi diikat kemas hanya menggunakan sebelah tangan kiri.
  Tali leher biru berjalur Zenith, dipadankan pula dengan kemeja plain purple pekat, warna kegemarannya.
  "TADAA!!!" giliran Faiz menonjolkan diri. Eqhwan melihat image Faiz daripada cermin. Mulutnya tercengang sedikit. Kagum.
   "Hensemnya paiq, kaler merah... Mengancam!" Pujian Eqhwan melangit.
   "Hehehe.. Seksikan?" Tanya Faiz lagi. Kembang.
  Faiz menyisir rambutnya dengan kemas di hadapan cermin.
  "Ambek kat hang la Paiq, tak kiralah sehensem mana pun hang, aku tetap lebih hensem daripada hang.FULL STOP." balas Eqhwan bersahaja.
  "Kurang ajar!" gurau Faiz dalam nada sinetron.
  "Hang ni Eqhwan, dah takdak kaler lain ka nak pakai, purple purple purple.." perli Faiz pula. Wangian jenama Hugo Boss disemburnya kepada Eqhwan dan dirinya.
  "Faiz... Cuba hang perhatikan warna purple. Satu warna yang sangat unik. Gabungan harmoni merah dan biru. Merah melambangkan ciri-ciri khalifah, keberanian serta perjuangan. Biru pula melambangkan kedamaiaan, ketenangan, dan perpaduan yang aku takrifkan sebagai ukhwah. Maka, apabila dua warna ini bergabung, jadilah... purple!" Eqhwan bermadah puitis. Blazernya dicapai.
  "Mana pi semangat Lamda hang? Mana hang letak semangat hijau?" Faiz cuba menduga, semangat Ketua Rumah Lamda masih membara dalam jiwanya.
  Eqhwan menepuk-nepuk dadanya perlahan, kemudian tangannya beralih, dada Faiz pula ditepuk perlahan.
  "Hijau itu dalam hati aku dan hati kamu! " Eqhwan mengukir senyuman nakal. Sungguhpun bergurau, tetapi Hijau Lamda itu benar-benar tersemat kemas dalam hati mereka.
  "Hahaha.. Buat jiwang bolehhh..." Mereka berdua ketawa ceria. Kenangan diimbas walaupun sudah bertahun meninggalkan KUPSIS. Tempat itu benar-benar memanusiakan mereka.

Teng teng teng tenggg!!!

  Speaker kapal berbunyi, ada pengumuman bakal ke udara.

"A very good day everyone, please gather at the dining hall at 2115 because the event is about to start. I repeat... Thank you"

Teng teng teng tongggg ...

"Tu suara... Nicholas kan?" tanya Faiz sebaik sahaja pengumuman berhenti.
  "Ha ah, tu Nick. Dia in charge bawah Amin kalau tak silap aku. Eh, jom ar, tinggal sepuluh minit lagi ni. Tak sabaq aku nak jumpa sahabat-sahabat lain!" Eqhwan menyarungkan kasut kulit hitam berkilat dan bersinarnya.
   "Jom!" balas Faiz bersemangat...

                                    *****

   "Amin.. Amin.. Ya Rabbal 'Alamin..." warga Zenith mengaminkan doa dalam satu suara.
   Mereka baru selesai menunaikan solat fardhu Isya' serta solat sunat hajat secara berjemaah yang diimami oleh Dr. Syahrul Asyraf, sahabat Zenith yang merupakan seorang Doktor Perubatan keluaran Universiti Islam Antarabangsa. Kecil orangnya, tapi cukup dihormati. Mereka memohon kepada Ilahi agar ukhwah yang mereka bina terjalin sampai ke Jannatul Firdaus. Kemudian semua warga Zenith yang beragama Islam berkumpul di dining hall, mengadakan bacaan Surah Yassin dan tahlil beramai-ramai sebagai satu sedekah buat sahabat mereka yang telah pergi selamanya, Anas Asyraf.
   Usai itu, majlis diteruskan dengan high-tea. Faiz duduk di meja berasingan dengan Eqhwan. Gusar misi mereka dihidu. Terdapat lima kerusi mengelilingi satu meja.
   Eqhwan duduk bersama-sama Zakri, Safwan dan Uzair. Satu kerusi di sebelah Eqhwan terbiar kosong. Tidak lama kemudian, hadir seorang lelaki gagah, kekacakannya digandakan dengan uniform navy putih bersih. Wajahnya tampak segak, dihiasi janggut yang tersisir kemas. Tangannya bersalaman erat dengan Eqhwan. Itu dia, Admiral Aminudin.
  Faiz melihat sahaja adegan Amin dari jauh. Dia pula duduk semeja dengan Redzuan, Amirul Asyraf, Sufian dan Zulfadhli Abdullah.
  Eqhwan tidak berbual langsung dengan Amin, pandangannya jauh terlihat akan Izzah, Afzan, Nadiah, Izzah Hamid dan Sharifah yang duduk semeja. Hatinya terdetik,
   "KISS. Kumpulan Isteri Solehah Selalu." Eqhwan berkata perlahan, namun cukup kuat untuk didengari oleh Zakri yang berhampirannya.
   "Ko cakap ape?" Zakri bertanya.
   "Tiada ulangan suara." senyum Eqhwan. Buat-buat.

Faiz, dari jauh memerhatikan gelagat Eqhwan, seolah-olah sahabatnya itu kurang selesa berada di meja tersebut. Sudu di tangan Eqhwan dimain-mainkan, reaksi normal Eqhwan sewaktu nervous.
   Satu Figura naik ke pentas, khalayak cukup kenal dengan figura tersebut. Pengacara utama program kanak-kanak Malaysia; Oh My English Going Awesome! atau dalam singkatannya; OMEGA!
   Itulah dia, Nicholas Joel Thompson.
  "Ladies and gentlemen members of the hall. Welcome to Zenith Ship. Before we start with our high-tea, I would like to present to you guys, the trailer of Zenith Ship." ucap Nick.
  Lampu dipadamkan. Para hadirin bertepuk tangan, pada sebuah skrin berhampiran pentas terpapar satu video 4 dimensi yang sunggul realistik, mengisahkan proses pembikinan kapal Zenith yang mewah. Durasi video itu lebih kurang 5 minit.
   Zakri yang berada di tepi Eqhwan berbisik di telinganya, "ko tau tak kapal ni pakai enjin ape?" Zakri kelihatan ghairah.
   "Umm... Scania." Jawab Eqhwan bersahaja.
   "Alaaa! Camne ko tau? Baru nak buat surprise." Zakri kelihatan hampa. Fikirannya dibaca mudah.
   "Now I would like to invite the Naval Architect for this Awesome Zenith Ship ; Datin Sri Ar Afzan Izzani!!!" jemput Nicholas.
   Afzan dengan penuh keyakinan naik ke pentas. Langkahnya diatur kemas satu persatu, dan pantas. Lengkap berblazer, mirip seorang Perdana Menteri. Mikrofon di hadapannya diuji dengan bunyi yang dihasilkan oleh lidahnya. Tidak pernah berubah style menguji mikrofonnya itu sejak dari sekolah. Cukup familiar. Cahaya pentas tertumpu ke arahnya.

   "Assalamualaikum sahabat Zenith sekalian, selamat datang ke Zenith Ship hasil design saya. Untuk pengetahuan semua, kapal ini dibina dengan 7 tingkat di atas permukaan air, dan 7 tingkat di bawah permukaan air. Dilengkapi dengan teknologi high-class di bawah kelolaan Tuan Niyaz, Haji Muaz, Datuk Wajdi, dan Ir Syazwi. " ucap Afzan. Muaz, Fauzan, Niyaz dan Awi yang sedang sibuk di bilik kawalan teknologi melambai-lambai kepada sahabat-sahabat mereka. Bilik kawalan berada di tingkat atas dining hall.
   " Dari segi pembinaan kapal, kami telah menggabungkan teknologi Jepun dengan kerjasama dari Dato' Nik dan Datin Sahkirah." kata Afzan lagi, memberi penghormatan kepada dua orang sahabatnya. Itulah Zenith, tidak pernah bergerak seorang diri. Apabila berjaya, mereka meraikan kejayaan bersama. Cogan kata KUPSIS tersemat dalam sanubari, sudah sebati dalam diri. Bukankah kejayaan bersama itu lebih manis?

   "Dan sebelum saya menyerahkan mikrofon ini kepada Dato' Zakri; Engine Operator untuk Zenith Ship, saya ucapkan kepada semua sahabat Zenith yang tercinta, ALL ABOARD!!!" Ucap Afzan bersemangat, persis tokoh politik.
   Hadirin di situ bertepuk tangan. Aura kagum terpancar pada wajah mereka. Afzan yang baru selesai berucap keluar mengikut belakang pentas. Izzah ingin menggunakan peluang itu untuk menyiasat Afzan.
  "I'm sorry, I need to go to the ladies." kata Izzah, meminta diri daripada Nadiah, Sharifah, dan Izzah Hamid.

Dato' Zakri yang merupakan CEO Scania Enterprise naik ke pentas dan memberi ucapan ringkas mengenai sistem operasi enjin Zenith Ship. Para hadirin memberikannya tepukan gemuruh.
   Sementara Zakri memberi ucapan, Faiz mengambil peluang ini untuk mencari maklumat daripada Redzuan yang duduk di tepinya.

  "Wan, hang tak perasan aku ka petang tadi?" Faiz memulakan dialog.
  "Ah, bila?" Redzuan seakan-akan terlupa.
  "Hmm... tak dak pa ah. hang ni aku tengok busy ja slalu..." Faiz cuba memancing dan Redzuan mangsanya.
   "Biasalah Paiq, Menteri Kewangan. Aku kena prihatin dengan setiap sen yang keluar masuk dalam akaun Kerajaan. Setiap sen tu akan disoal di akhirat kelak." jelas Redzuan.
   Pancingan Faiz tidak mengena. Dia perlu menggunakan umpan yang lebih kuat. Anas.
   "Aku ada dengaq cerita, hang ada konflik dengan Kementerian Kesihatan..." Pancing dan pancing. Air muka Redzuan berubah, air liurnya ditelan. Matanya perlahan-lahan merenung mata Faiz. Tajam. Umpan Faiz mengena!
   "Anas..." kata Redzuan perlahan. Kemudian dia ketawa kecil.
   "Sejak sekolah dulu lagi, suka ikut kepala sendiri..." Faiz khusyuk mendengar.
   "Aku dah nasihat dia, kita tak boleh bagi rawatan percuma kepada rakyat. Bukannya aku ni mata duitan ka apa, tapi perubatan merupakan antara aset kewangan negara. Ubat-ubat pun mahal." jelas redzuan terperinci.
   "Dia degil, dia laksanakan juga dasar rawatan percuma tu. Tengoklah apa dah jadi, Hospital Zenith yang dia pegang alami kerugian." Bicara Redzuan terhenti. Nostalgia lama datang bertandang. Sufian yang berada di tepinya menggosok-gosok belakang badan Redzuan. Akrab.
   "Wan, let bygone be bygone." Kata Sufian. Pancingan faiz hampir terlepas, jorannya digenggam erat.
   "Aku ada dengaq lagi yang dasar rawatan percuma tu merugikan kerajaan. Betul ka?" Faiz mengangkat kening, musykil.
   Redzuan menggeleng, "Tu awal-awal dulu... Tapi lepas beberapa bulan,semuanya stabil." jelas Redzuan lagi.
Faiz mengangguk, dalam kotak fikirannya ada satu soalan cepumas. "Wan, hang ada kan pada malam kejadian Anas..." Faiz membiarkan bicaranya terhenti. Air muka Redzuan bertukar merah.
   "Are you trying to investigate me or what?" mata Faiz ditikam mata Redzuan. Sufian memegang bahu Redzuan agar sahabatnya itu kembali tenang. Kemudian Sufian memberi isyarat kepada Faiz supaya berhenti.
  Faiz pula tidak akan mengalah.
"Sabaq Wan sabaq, sabar itu separuh daripada iman. Aku just nak tau apa yang hang tau. Kematian Anas kes serius." Jelas Faiz pula.
   Redzuan menstabilkan pernafasannya. Dirinya ditenangkan kembali. Kemudian dia berkata, "I have no idea regarding the case, I'm sorry, but I can't help you." lantas Redzuan bangun keluar daripada dining hall mengambil udara  segar. Mangsa Faiz terlepas. Namun info yang diperlukannya sudah mencukupi.
 
   Faiz dan Sufian berpandangan. "Do you have any comments Dato' Sufian?"
   Sufian meneguk air teh panas di hadapannya, selesai minum dia berkata, "Wan sedih tu.. Hang pun tau yang dia dengan Anas rapat sejak dulu lagi... And I'm very sorry too, I have no info about Anas' death. I thought it was an accident." jelas Sufian.
   "Takkan hang tak dengaq atau ternampak apa-apa yang suspicious kot?"
Faiz dahagakan malumat.
   "I was there on that night, for a very short period of time. Aku tak boleh datang ke majlis tu sebenarnya, I have to go to Japan on that night. Business matter. Tapi kebetulan PA aku beli tiket flight dekat Alor Setar, so I use that opportunity to visit KUPSIS. When I arrived there, they were conducting Layar Keinsafan program, in the musolla. Malam tu gelap sangat, I can't see anything dalam surau tu. Aku cuma dengar suara Anas bagi tazkirah dalam gelap, tapi aku tak nampak pun dia. It was too dark." cerita Sufian.
   "Gelap, and you can't see anything?!" Faiz tersentak mendengar kata-kata Sufian.
   "Oh yea, I've heard that Anas said 'aduh' during his tazkirah. I was not sure whether that 'Aduh' was in his script or he accidentally said it." Tambah Sufian lagi.
  Tiba-tiba Faiz terfikirkan sesuatu. "Tak mungkin, tak mungkin... Astaghfirullah al-'Azim..."Faiz menggosok-gosok dadanya.
   "Are you okay Faiz?" tanya Sufian.
   "I'm okay..." air teh dihadapannya diteguk perlahan. Dari mejanya dia dapat melihat Eqhwan keluar dari dining hall. Faiz ingin mendapatkan sahabatnya itu.
   "I'm sorry, I need to go to the gent. Excuse me." Faiz pun beredar keluar mendapatkan Eqhwan.

                                   *****

   Afzan Izzani keluar dari toilet, wajahnya basah. Dari lokasi bilik air itu, dia dapat melihat Izzah sedang duduk di sebuah kerusi di hadapan swimming pool wanita. Afzan mendekati sahabatnya.
   "Termenung jauh ja cik Izzah, teringat kat buah hati ka??" gurau Afzan.
   "Eh taklah... Lain la macam Datin Afzan, dah berumah tangga." balas Izzah pula. Benar, Izzah belum mendirikan rumah tangga. Pengajiannya di Jerman menyebabkan dia terpaksa berkorban. Afzan pula sudah pun beranak dua. Suaminya pula.......
   "Anak-anak Afzan sihat?" Izzah mengatur strategi menyiasat Afzan. Waktu itu, Afzan sudah pun duduk ditepinya.
   "Alhamdulillah, sihat. Comel macam papa and mama diorang." Afzan kelihatan bahagia dengan familinya.
   "Sejuk perut ibukan Afzan, kalau dapat anak macam sahabat kita, Anas." Izzah memandang wajah Afzan.
   Reaksi wajah yang sebentar tadi tenang bertukar gundah.
   "Kenapa pula?" Afzan kelihatan tidak senang.
   "Ye la... dah la jadi doktor, imam muda plak tu..." Izzah cuba menarik Afzan ke dalam perangkap penyiasatannya.
   Afzan berdiam diri, memikirkan sesuatu. Sambil mengangguk kosong. Menungannya terlempar jauh. Kata-kata Izzah benar-benar membuatnya berfikir dalam.
  "Ha Afzan, Izzah lupa nak wish congrat kat Afzan sebab berjaya design Zenith Hospital, I've heard that it was the most expensive hospital in Malaysia. Congrats!" kata Izzah lagi.
   "Izzah pun ada dengaq berita tu? Ya, memang hospital tu mahal, menelan kos berbillion ringgit. Tapi..." kata-kata Afzan tersekat di kerongkong.
   "Tapi apa?" tanya Izzah.
   "Anas... Dia tak mampu nak bayar hutang hospital tu kat syarikat Afzan." Afzan menarik nafas panjang, lalu dihembusnya.
   "Berapa kerugian yang syarikat Afzan tanggung?" Izzah terus menyoalsiasat.
   Afzan terus memegang tangan Izzah dengan lembut kemudian berkata, "Izzah, Anas dah tak ada... Afzan pun dah halalkan segala hutang dia. Lagi pun, projek Afzan yang lain dapat cover balik kerugian yang ditanggung. Even kapal ni pun, Afzan yang design. And its already gave me a lot of profits. Yang buruk janganlah kita ungkit. To err is human. Lagipun kita tetap Zenith." kata Afzan dengan segaris senyuman di bibirnya. Izzah mengangguk faham. Kata-kata Afzan ada benarnya.

   Dari lokasi Izzah dan Afzan berada, mereka dapat mendengar bunyi tepukan gemuruh dari dalam dewan.
   "Jom masuk Izzah, Zakri dah habis berucap tu." ajak Afzan. Izzah menurut sahaja. Mereka beredar bersama. Baru sahaja Afzan membuka pintu masuk, kelihatan Zakri mahu keluar dari dining hall.
   "Excuse me ladies." kata Zakri dengan gaya penuh kemachoan. Dia kelihatan bergegas. Afzan terus menuju ke tempat duduk mereka.
   "Zakri, nak pi mana? High-tea kan belum habis lagi..." tanya Izzah kepada Zakri.
   "Aku nak balik bilik sat, Eqhwan nak tengok blueprint kapal ni." kata Zakri. Blueprint adalah cetakan lengkap bermaklumat tentang pembinaan sesuatu. Dalam kes ini, Zenith Ship.
   "Blue Print?" Izzah Musykil. Namun dia membiarkan sahaja, mungkin Eqhwan sudah terjumpa sebarang clue.
 
                                  *****

   Eqhwan merenung laut malam yang luas, disinari cahaya bulan indah. Hatinya menjadi sangat tenang melihat keindahan alam milik Ilahi. Nafasnya ditarik panjang, dan dihembus tenang.
 
  Perlahan-lahan Faiz mendekatinya, "Hang okey Eqhwan?" Faiz cuba mendalami emosi sahabatnya itu.
  "Sangat okey..." Eqhwan kemudiannya menunjukkan jari telunjuknya ke arah bulan yang sedang mengambang.
   "Faiz, cuba hang tengok bulan tu. Cantikkan?" Eqhwan bermain kata, Faiz hanya melayan.
 "Cantik la jugak..." kata Faiz bersahaja.
 "Ni semua terima kasih kat sahabat bulan tu" Eqhwan terus bermadah.
  "Sahabat bulan?" Faiz musykil.
  "Ehem, sahabat bulan, yakni Encik Matahari." Eqhwan kelihatan ceria.
Faiz menggeleng, wajahnya terukir segaris senyuman manis melayan kerenah sahabatnya itu.
  'Sewel agaknya mamat ni' Faiz bermonolog sendiri. Faiz tersedar akan sesuatu, dia mahu berkongsi info yang baru dia perolehi daripada Redzuan dengan Eqhwan, dia juga mahu mengetahui info yang telah Eqhwan peroleh.
   "Eqhwan, hang dapat apa-apa info daripada Amin?" faiz bertanya penuh kemusykilan. Eqhwan hanya menggeleng, senyumannya pudar.
   "Tak. Tak de chance. It was too public." jelas Eqhwan.
Faiz baru hendak meneruskan perbualan, tiba-tiba satu salam menyapa mereka.

   "Assalamualaikum, Faiz, Eqhwan. Sihat?" Eqhwan dan Faiz berpaling ke arah suara itu.
   "Waalaikumussalamwarrahmatullah. Alhamdulillah, sihat." jawab Faiz. Eqhwan hanya membisu, wajahnya bertukar muram.
 Kemudian Eqhwan berkata,
   "Panjang umur hang, Aminudin Che Omar."

Monday 12 November 2012 | By: Zenith

EPISOD 2 : NOSTALGIA

Episod 2 : Nostalgia

   "Izzah?!" Eqhwan dan Faiz bersuara simultaneously. Wanita yang bergelar Izzah itu lengkap bertudung hitam labuh serta berjubah merah. Satu senyuman terukir pada wajahnya.
   Afrina dan Izzah berpeluk erat. Pelukan rindu. Kemudian Izzah dipelawa duduk di sebuah kerusi yang terletak di sebelah Faiz.
   "Sihat?" Faiz bertanya khabar. Keningnya diangkat sedikit.
   "Alhamdulillah. Hampa?" Izzah pula bertanya khabar.
"Alhamdulillah.." jawab Faiz mudah, Eqhwan pula tersenyum sambil menunjukkan simbol thumbs up.

    Izzah, sudah 10 tahun bermastautin di German, mencapai degree, atas dasar kecemerlangan keputusannya, dia terus mengambil PhD dan selang beberapa tahun, dia sudah menjadi profesor dalam bidang Engineering.
   "Welcome home Izzah, and sorry that we have to get your help regarding Anas Asyraf's case. This is such a serious matter, that is why I called you, Faiz and Eqhwan to solve this mystery . We must find the murderer!" speaking Usmar dalam slank UK.
    "Sape yang pi overseas ni, Izzah ke Usmar?" Eqhwan berbisik pelahan kepada Faiz. Sahabatnya ketawa kecil. Comel.
 
   Ya, mungkin detektif bukan kerjaya sebenar mereka bertiga. Namun, Faiz telah menyelesaikan beberapa kes berkaitan kecurian petroleum negara, dia juga berjaya membongkar rahsia negara luar yang cuba menyeludup hasil galian Malaysia. Faiz sangat hebat dalam menganalisis penjenayah.
    Eqhwan pula, dengan mudah dia berjaya mendedahkan identiti pembunuh misteri yang sudah lama dicari polis dengan hanya mendengar beberapa teori dan bukti sahaja. Selain itu, Eqhwan juga pernah menggagalkan usaha pengusaha dadah yang cuba menghancurkan pemuda-pemuda negara, dan banyak lagi. Kemahiran memanipulasi adalah keistimewaannya.
   Izzah, setelah dia berjaya membantu pemerintahan German mencari duri dalam daging kerajaan negara itu, namanya terus terkenal di seluruh German. Semenjak hari itu, dia bekerjasama dengan agensi penyiasatan German dan menyelesaikan beberapa kes pembunuhan. Dia mendapat gelaran Izzah Kudo di German kerana kemahiran detektifnya yang tinggi.

 "Ehem ehem... Izzah, kat depan hang ada file tentang kes ni, hang boleh baca untuk dapat lebih info" jelas Usmar.
   ""Aku ingat kes kematian Anas ni satu kebetulan. Tak sangka, ia satu kes pembunuhan pula." Kata Izzah dalam nada sayu.
   "That is what I thought at the first place too, because last few days, I called Sufian regarding the case. And he told me that Anas meninggal time sujud dengan berjubah putih.Time solat hajat tu, dia baru lepas handle program layar keinsafan. Apa-apa pon, pembunuh tu mesti ditangkap!" Eqhwan berwajah geram, tangannya mengepal penumbuk. Marah. Sangat marah.
   "Layar keinsafan?" Faiz bertanya musykil.
   "Ya, Layar Keinsafan, lampu semua ditutup, kemudian ada orang yang bagi tazkirah supaya yang mendengar akan tesentuh dan insaf." Eqhwan menjelaskan serba sedikit. "Siapalah sanggup bunuh orang sebaik Anas? Aku takkan maafkan pembunuh ni!" sambung Eqhwan lagi, masih dikuasai amarah.
   "Chill Eqhwan, bawa mengucap, istighfar banyak-banyak. what make me sad is the suspects, I can't believe that Amin, Wan, and Afzan may be the murderer in this case. Astaghfirullah." itu Faiz, tenang dan menenangkan. Umpama hujan.
   Eqhwan menjadi tenang mendengar nasihat Faiz, dia memegang bahu sahabatnya itu sambil berkata, "Don't worry Paiq, we will solve this case together. STRIVING TOGETHER TOWARDS EXCELLENT!" Eqhwan mmberi semangat sambil tersenyum. Faiz kembali ceria, Izzah turut termotivasi mendengar cogan kata sekolah mereka yang tercinta, KUPSIS.
   "Yeah, that's the spirit! Now, I have already arrange the task for all of you. Faiz, hang siasat Redzuan, Izzah, hang siasat Afzan. And lastly, Eqhwan, hang siasat Amin." Usmar memberi arahan.
   Ketiga-tiga sahabat itu mengangguk faham.

"Ir. Faiz, Prof. Izzah, Dr. Eqhwan. Best of luck!" Kata usmar memberi semangat.
"Opp, opp... Cuit jap. 'Doktor' Eqhwan? I thought that you didn't further your study in medic, aren't you Eqhwan?" tanya Afrina yang sudah sekian lama membisu.
   "PhD, Chemistry...." jawab Eqhwan, ringkas dan padat.
"Oh, okay, I see.... Oh yea, I forget to inform you all. Tahu kan yang Mina sekarang ni Ketua Polis Wanita Negara? She will help you guys time cruise next week." jelas Afrina.
    "Oh yea, I have heard the news. Dia apply segala ilmu Fizik dalam bidang poliskan. Very proud of her." Sambung Faiz. Impressive. Eqhwan terus mengurut dagu, Izzah pula khusyuk meneliti fail di hadapannya.
  Usmar kembali bersuara, "Well I guess, tu saja kot. Hampa ada apa-apa lagi ka?"
Faiz, Eqhwan dan Izzah menggeleng kepala.
"Kalau macam tu, kita tutup majlis dengan tasbih kafarah dan Suratul 'Asr." Usmar menutup majlis. Semua dalam bilik itu menadah tangan berdoa kepada Ilahi. Rahmat dan redha tuhan, itu yang sangat mereka dahagakan.
   "Bersurai." kata Usmar lagi, lalu dia bersalam dengan Faiz dan Eqhwan. Afrina pula bersalam erat dengan Izzah. Ukhwah mereka tetap hangat walaupun sudah bertahun terpisah.
    Macam tu la Zenith!

                                                                     * * * * *

Di luar pejabat, Faiz mempelawa Eqhwan dan Izzah untuk makan bersama. Izzah menolak sopan pelawaan itu dengan berkata, "Maaf, aku baru balik and tak sempat lagi nak jenguk family. Minta diri dulu ya. Maybe next time. Jumpa time cruise nanti, Assalamualaikum." Izzah berlalu pergi. Faiz dan Eqhwan menjawab salam dan tidak mahu memaksa. Mereka faham bahawa Izzah, serta puteri Zenith yang lain, malah seluruh muslimah sepatutnya, wajib menjaga pergaulan. Bergaul bila perlu, namun masih berbataskan syariat. Sebagai lelaki budiman, Eqhwan dan Faiz menghormati keputusan Izzah.
   "Jom, aku belanja!" Faiz memaut lengannya pada leher Eqhwan. Mesra.
"Wah wah! restoran berapa bintang neh hang nak bawak aku pi makan?" Eqhwan bercanda riang.
    "Untuk sahabat macam hang, bukan setakat bintang, bima sakti, black hole ka hang cakap ja. Aku belanja!" Faiz pula bergurau. Kedua-dua sahabat itu ketawa gembira, terkenang waktu zaman sekolah dahulu. Nakal dan ceria.
  "Hang mai sini naik apa?" tanya Faiz sebaik sahaja mereka keluar dari HQ Zenith.
   "Tadaaa!!!!! Superbike Ninja Version 81, motosikal terhabat era 2024!!!!" Eqhwan menunjukkan motosikal canggihnya kepada Faiz. Sahabatnya itu tidak berkelip walau sekali. Kagum.
    "Tudiaa, nak tumpang boleh?" Faiz menyatakan hasrat hatinya.
   "Aik, hang mai sini naik pa? Takkan jalan kaki kot." Eqhwan musykil.
   "Naik kereta la, but don't worry, kereta aku ada auto-pilot. Dia boleh jejak aku tak kira kat ceruk mana pun aku nyorok. Cam kereta Batman habaq kat hang!" Faiz menceritakan kehebatan automobilnya dengan penuh bersemangat.
    Eqhwan ketawa kecil, sukar untuk dia percaya, namun dia yakin sahabatnya berkata benar. "Suka hati hang la, tapi aku ada satu helmet ja."
 Faiz menghalakan jari telunjuknya pada bahagian kepalanya, "Kepala aku ada cop SIRIM okay, don't worry. Hang ja pun, bukan bahaya sangat."
    Mendengar kata-kata yang terungkap oleh Faiz, satu senyuman sinis terbit pada wajah Eqhwan. "Orait Paiq, aku bawak slow-slow ja,"
Eqhwan menge-start motosikalnya, Faiz pula membonceng di belakang.
"Bismillah..." lafaz Faiz perlahan. "Hang bawak elok-elok sikit na, aku belom benikah la....."

   VVVVRRRRRROOOOMMMMMMMMM!!!!!!!!!!

Belum sempat Faiz menghabiskan sisa katanya, Eqhwan sudah terus memecut dengan kadar asselerasi 1000km sesaat.
    "MAKKKK!!!!" jerit Faiz.

                                                                   * * * * *

Tak sampai 5 minit, mereka sudah tiba di sebuah restoran yang terletak di tengah kota Kuala Lumpur.
     "Hang ada lesen dak, Eqhwan?" tanya Faiz, matanya berpinar, wajahnya biru.
    "Biaq aku pikiaq sat... Hmm,, takdak pon! Hahaha...." jawab Eqhwan mesra sementara menunggu makanan yang baru mereka pesan tiba.
"Hang apa cerita la ni, Eqhwan? Senyap sahaja mutakhir ini." Faiz dengan ayat skemanya.
  "Aku? baru-baru ni ada la buat research siket. Tapi...." kata Eqhwan, tergantung.
  "Tapi....?" Faiz tidak sabar menunggu.
Eqhwan menghembus nafas kuat, seraya berkata, "Gagal."
Faiz mengangguk-angguk, kemudian bertanya lagi, "boleh aku tau, research apa?"
   "Malaslah aku nak habaq kat hang, benda tak jadi pon, Buat stress ja kalau cerita." balas Eqhwan, moody.
   "Tak pa la kalau macam tu. Tapi hang jangan give up, banyak lagi benda lain boleh hang kaji. Bumi Allah ni luas." Faiz melontarkan motivasi serta senyuman. Siapa sanggup melihat sahabatnya bersedih?
  Eqhwan hanya tersenyum tawar.
 Eqhwan trlihat sesuatu yang menarik pada jari manis sahabatnya, Faiz.
    "Bila Faiz? Tak habaq pun kat aku?" Cincin perak yang tersarung kemas pada jari Faiz ditenung lama.
  "Oh yang ni, sorry, bukan tak mau habaq. Ni baru tunang. Tak baik heboh-heboh, takut tak jadi. Malu ja." Kata Faiz. Benar, begitulah yang diajar dalam Islam, rahsiakan pertunangan dan hebahkan pernikahan.
  "Aku kenal ka dengan perempuan bertuah tu?" Eqhwan menduga.
  "Kenal, kenal sangat. Jangan risaula, nanti time aku kahwin aku jemput hang. Nanti hang tau." jelas Faiz malu-malu. Eqhwan mengangguk, dia tidak mahu memaksa.
   "Hang Eqhwan, bila nak cari pengganti? " Faiz bertanya.
Eqhwan tersentak dengan persoalan itu. Segala nostalgia indah bersama arwah isteri dan anaknya berlegar di fikiran. Suasana bertukar sedih dan suram.
    Isterinya yang tercinta telah kembali ke rahmatullah selepaskan melahirkan anak sulung mereka. Syahid, itu anugerah Allah buat isterinya. Manakala anaknya pula meninggal akibat masalah pernafasan ketika berusia lima tahun. satu demi satu insan yang dicintainya pergi meninggalkan dirinya sendiri.
   Eqhwan merenung meja dengan mata yang berkaca. Satu titisan jernih mengalir di pipi. Amat perit kehilangan orang yang kita sayang. Itulah yang dirasai oleh Eqhwan.

Faiz yang tersedar akan perubahan Eqhwan terus bangun dari kerusinya yang berhadapan dengan Eqhwan. Lalu dia duduk bersebelahan dengan sahabatnya itu. Bahu sahabatnya dipegang, seakan mengalirkan chakura pembakar semangat dan sokongan.
    "Eqhwan, maafkan aku. Aku tak berniat nak buat hang bersedih." kata Faiz perlahan, dia cuba untuk empati.
 Eqhwan mengesat pipinya dengan lengan, kemudian dengan sayu dia berkata,
   "Amirul Faiz...."
Faiz tersentak mendengar seperti namanya disebut, wajahnya memaparkan reaksi musykil. Namun dia tidak berbicara, gusar sahabatnya bertambah duka. Waktu itu Eqhwan tersenyum, namun matanya berair, mungkin dia terkenang akan nostalgia lalu.
   "Amirul Faiz, anak tunggal aku. Baik budaknya. Tapi kadang-kadang nakal, semua benda dia nak cuba. Musykil tu, musykil ni.." Eqhwan menceritakan perihal anaknya yang sudah arwah. Penuh emosi. Penuh hiba.
  Faiz menepuk-nepuk bahu Eqhwan, "Be strong Eqhwan, Allah kan ada." Faiz masih dibelengu rasa bersalah kerana mengingatkan Eqhwan tentang peristiwa menghiris kalbu dalam hidup sahabat yang dikasihinya itu.
   Mendengar kata-kata Faiz, Eqhwan seakan terubat hatinya. Benar, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
    "Paiq, thanks" kata Eqhwan dengan senyuman. Hatinya menjadi lega.
   "Macam tu la sahabat." Balas Faiz, dia menggagahkan diri untuk senyum. Dia amat masak dengan sahabatnya itu. Seorang sahabat yang amat sukar marah dan selalu berperawakan ceria, oleh sebab itu, apabila sahabatnya bermuram, dia rasa amat risau sekali. Begitulah ukhwah yang terbina atas dasar iman dan islam, dicubit paha kanan, paha kiri terasa sakitnya juga. Semoga ukhwah ini berkekalan sampai ke syurga.

    Eqhwan dan Faiz terus berbual sambil menjamu selera. Dari satu kisah, beralih ke kisah yang lain. Namun, mereka tidak sedar bahawa setiap gerak-geri dan perbualan mereka diperhatikan dengan penuh teliti oleh seseorang, sejak dari awal lagi.

Sunday 11 November 2012 | By: Zenith

EPISOD 1 : 3 DETEKTIF

EPISOD 1 : 3 DETEKTIF

10 Januari 2024. Kuala Lumpur.

ZZOOOMMMMM!!!!!
SSRREEEETTTTT!!!!!
 Sebuah motosikal hitam keunguan besar 1000cc meluncur pantas di lebuh raya. Satu demi satu kereta dipintasnya, apabila mahu membelok, aksi drift tajam dilakukan. Mengalahkan ghost rider! Bahaya dan dahsyat sungguh penunggangan motornya.
   Apabila tiba di destinasi yang dituju, pantas sahaja dia memarkir motor tersebut , precise and accurate!

Helmet hitam yang melindungi kepalanya dibuka lalu rambutnya dibiar ditiup angin. Umpama hero Hindustan. Sejurus itu dia melihat cermin sisi motosikal, rambutnya dipacakkan ke hadapan dengan hanya menggunakan tangan, tiada sikat. Cermin matanya dibetulkan sedikit, lalu dia mengukir segaris senyuman sambil janggutnya yang nipis diluruskan,
   "Hensem. :) " Dia perasan sendiri!
Lelaki itu kemudiannya mendongak ke atas, membaca satu board elektronik besar tersiar pada sebuah bangunan mewah, dilengkapi dengan teknologi yang sungguh tinggi.

   ' Zenith Headquarter's '

Lelaki tadi melompat turun dari motosikalnya yang sudah dikunci, lalu berlari pantas memasuki bangunan 100 tingkat itu, dan tingkat teratas adalah destinasi yang ditujunya. Setibanya di tingkat ke 100, lelaki itu terus ke bilik pejabat milik sahabatnya, tanpa mempedulikan sesiapa di kiri mahupun kanannya. Dia berjalan pantas. Sangat pantas. Sunnah Rasulullah! Berjalan pantas dapat menyihatkan jantung, kajian telah membuktikan jelas.

   Selangkah lagi di hadapan pintu yang ditujunya, tiba-tiba dia terlanggar seseorang. Inertianya terhenti, momentumnya berubah sifar.

"Adoi, subhanallah! " lelaki tadi jatuh terduduk. Sementara orang yang dilanggarnya tadi teranjak sedikit ke belakang. Mata lelaki yang terduduk tersebut melirik dari bawah ke atas sehingga matanya bertemu dengan mata lelaki yang dilanggarnya tadi.
  "Mamat Korea mane plak la sesat ni?" dia berkata perlahan.
"Eh!!! Paiq?!!! " lelaki tadi terperanjat.
Lelaki yang digelar paiq itu menghulurkan tangan berserta seukir senyuman, lalu ditarik pula tangan lelaki yang terduduk tersebut bagi membantunya berdiri.
   "Lama tak jumpa hang Eqhwan! " lalu mereka berpeluk erat, hati bertemu hati, aura ukhwah fillah terpancar kuat. Riak wajah Paiq menunjukkan kemusykilan. "Rasanya last kita jumpa time hang kahwin, 10 tahun lepas kan" kata Faiz. "hang sihat?" tambahnya lagi.
  "Alhamdulillah..." kemudian Eqhwan pula menanyakan khabar sahabatnya itu.
Dalam Islam, sungguh rugi dua insan yang bersahabat tetapi tidak menanyakan khabar tentang sahabat dan keluarga sahabatnya itu.
   "It looks like someone has made gym as his second home." kata Eqhwan sambil menepuk bahu sahabatnya yang semakin tough. Nama dalam IC sahabatnya itu ialah Muhammad Faiz, tetapi digelar Paiq dalam loghat Kedah, atau nama manja.
   "Hahaha... Saja exercise siket, Nanti aku cerita lain. Hang mai sini buat pa? Hang pun dpat call dari....." belum sempat Faiz menghabiskan katanya, Eqhwan telah mencelah.
" 'Usmar? Ya. Dia habaq ada hal penting. Jom masuk. " Eqhwan menarik tangan sahabatnya memasuki sebuah bilik besar yang terpapar pada pintunya;
     'Dato' Usmar's Room'
TOK! TOK! TOK!
Pintu bilik Dato' Usmar diketuk dengan penuh irama.
   "Assalamualaikum ya 'Usmar!" kata Faiz dan Eqhwan hampir serentak. Pintunya terbuka automatik.

Satu kerusi besar berputar, lalu menampakkan wajah insan yang duduk di atasnya. Dia, 'Usmar Aiman, tuan empunya Headquarters. "Waalaikumussalamwarrahmatullah" segak sungguh 'Usmar Aiman, berkemeja kemas, berblazer hitam pekat. Persis Donald Trumph. Mereka bersalaman dan bertukar khabar, Faiz dan Eqhwan dipelawa duduk.
   Faiz kemudiannya bersuara,
"Ada apa 'Usmar, panggil kami berdua ke HQ?" tanya Faiz, walaupun sebenarnya dia tahu tujuan mengapa mereka berdua dipanggil.
   "Anas....." jawab 'usmar ringkas. Jelas kedengaran nada seriusnya. Suasana senyap seketika.
  "Awat dengan Anas? Bukan dia dah selamat kembali ke rahmatullah ka? " Eqhwan memecahkan kesunyian dengan sebuah kemusykilan.

   "Aku pasti, kematian Anas bukan satu kebetulan, tapi....."
Suasana semakin serius, menanti Usmar menghabiskan sisa katanya. Pen hitam ditangan 'usmar dipusing-pusingkan laju sambil direnung matanya yang tajam.

"DIBUNUH!!!!"
Pen tadi dilayangkan ke atas, kemudian disambut kembali dengan sangat kemas oleh Usmar tanpa mendongak walau seinci pun.
   Eqhwan dan Faiz membeliakkan mata, mereka berpandangan sesama sendiri. Unbelievable.

'Usmar membiarkan dua sahabat itu dalam lautan kemusykilan, satu butang yang terlekat pada mejanya ditekan, lalu 'Usmar mengeluarkan arahan.

"Datin Afrina, come in please. Bring along all the files related to Anas Asyraf's death. Thank you."

   Eqhwan mengutarakan kemusykilan yang lain pula, "Aik, Af kerja ngan hang? Bukan dia further Biologi ka?"
 "Ya tapi dia pilih untuk berkhidmat dengan Zenith. Sayang sangat katanya" Jawab Usmar. Eqhwan dan Faiz mengangguk faham.
TOK! TOK! TOKKKK!!!!
   Pintu bilik Usmar diketuk, satu salam diberi, lalu Datin Afrina masuk membawa file-file berkenaan seperti yang diminta.
"Here it is Usmar" kata Afrina ringkas, lalu dia duduk dengan sopan di sebuah lagi kerusi berhampiran dengan meja tempat mereka berkumpul bagi membantu melancarkan pertemuan dan perbincangan mereka tentang kematian sahabat Zenith.
  "Thank you. Well, let us proceed to our main agenda. Bismillah..." Sudah menjadi satu kewajiban warga Zenith berbasmallah sebelum memulakan sesuatu majlis.
"Kita semua tahu yang Anas meninggal sewaktu menjadi imam solat hajat beberapa hari lepas sempena SPM yang ke-15..." Usmar memulakan perbincangan. "Tapi bukan dia seorang sahaja wakil Zenith yang hadir ke KUPSIS pada malam kejadian."

   "Siapa lagi pi?" tanya Faiz selepas lama membisu.
"Zenith sudah menghantar Imam Muda Dr Anas Asyraf, Dato' Redzuan, Datin Sri Ar Afzan Izzani, Datuk Sufian dan Admiral Aminudin bagi menjayakan lagi majlis itu" Usmar meneruskan perbincangan.

Mendengar nama-nama itu, Eqhwan terus mengangguk-angguk sambil mengurut dagunya, manakala Faiz memejamkan mata, kepalanya ditundukkan sedikit. Itu gaya mereka bila berfikir. Masing-masing diimbau nostalgia dengan nama-nama yang disebutkan Usmar.
   "So, mengapa dengan mereka berempat?" Eqhwan mengutarakan sebuah persoalan. Dia memang banyak tanya.
   Datin Afrina yang dari tadi khusyuk mendengar, bangun dari kerusi yang diduduknya lalu menyelak beberapa file sambil berkata,
    "Antara mereka berempat, tiga daripadanya adalah suspek dalam kes pembunuhan Anas Asyraf." Afrina membentangkan tiga buah file di hadapan Faiz dan Eqhwan. Sekali lagi, mereka ditikam dengan pisau ketidakpercayaan.
Faiz dan Eqhwan meneliti tajam file-file yang lengkap dengan informasi yang mungkin dapat membantu dalam penyiasatan. 'Usmar berdiam diri sambil memerhatikan kelakuan dua orang sahabatnya itu.

'Admiral Aminudin, ketua tentera laut negara, menawarkan jawatan ketua bahagian medik tentera laut kepada Anas Asyraf. Namun, tawaran itu ditolak kerana Dr Anas mahu berkhidmat kepada orang awam. Ramai tentera laut yang jatuh sakit pada masa itu kerana kekurangan tenaga doktor pakar lagi berpengalaman yang berkhidmat dengan Navy, lantas, ramai juga nyawa yang terkorban pada masa itu.'

'Dato' Redzuan Ahmad, Ketua Menteri Kewangan negara, pernah berbalah dengan Anas Asyraf dalam isu memberikan rawatan percuma kepada rakyat Malaysia. Semenjak peristiwa itu, konflik mula berlaku antara Kementerian Kewangan yang berada di bawah kuasa Redzuan, dan Kementerian Kesihatan yang berada di bawah naungan Anas Asyraf'.

'Datin Sri Afzan Izzani, arkitek yang bertanggungjawab mendirikan hospital Zenith milik Anas Asyraf. Namun, malangnya Anas Asyraf gagal melangsaikan hutang berjumlah RM100K kepada syarikat Afzan kerana mengalami krisis kewangan. Lantaran itu, firma Afzan mengalami kerugian teruk.'

   Fail-fail yang selesai diselak ditutup perlahan.
Eqhwan menghembus nafas panjang setelah selesai meneliti segala informasi di hadapannya, Faiz pula berkerut seribu.
"Aku ada satu soalan, bagaimana dengan Sufian?" tanya Faiz dengan penuh serius.
"Jangan risau, Sufian clean. Dia datang ke majlis tu sat ja. And until now, Pian tak ada rekod buruk berhubung kait dengan Anas." Usmar menjelaskan.
 Faiz mengangguk-angguk mendengar kata-kata Usmar.

  Selesai dengan penjelasannya, Usmar Aiman membuka laci meja berhampirannya lalu mengeluarkan tiga tiket, kemudian berkata....
   "Hampa tau kan, minggu depan Zenith akan mengadakan reunion. Kita akan berlayar ke Paris selama tiga hari dua malam. Pada waktu itu, aku nak hampa siasat Wan, Amin , and Afzan. Kes Anas ni akan ditutup selepas pelayaran kita tamat. So, we have to be quick." jelas Usmar. Eqhwan mengambil tiket-tiket itu.
   "Jadi, aku nak hampa tiga detektif gunakan peluang ni untuk siasat kes kematian Anas." Usmar meletakkan harapannya. Tinggi.

Faiz bersuara musykil, "kami BERTIGA?"
"Hang nak pinjam cermin mata aku ka Usmar? Kan aku ngan Faiz ja detektif kat sini..." Eqhwan pula bersuara.
Afrina dan Usmar tersenyum simpul dan simple. Kemudian Usmar berkata.
"Ya, kamu bertiga. Tiga detektif."
  Faiz dan Eqhwan terus hanyut dalam arus kemusykilan yang deras. Tiba-tiba pintu pejabat milik Usmar diketuk, lalu satu salam menyapa.

   "Assalamualaikum"
Suara yang biasa didengari mereka dahulu.
"Waalaikumussalamwarrahmatullah" jawab Usmar, Afrina, Eqhwan dan Faiz hampir serentak.
Eqhwan dan Faiz menoleh ke belakang, mata mereka tidak percaya melihat siapa yang hadir.

   "IZZAH?!"

PROLOQUE : PERGINYA SEORANG SAHABAT

DETECTIVES OF ZENITH : THE ZENITH CRUISE

PROLOQUE : PERGINYA SEORANG SAHABAT

10 Januari 2024
Zenith Airplane
 
 Pandangannya melayang jauh ke langit luas di luar kapal terbang. 10 tahun lebih sudah berlalu, semenjak wanita itu meninggalkan tanah airnya untuk menimba ilmu di bumi asing. Kini, tiba saatnya dia pulang ke Malaysia demi menabur bakti kepada negaranya.
   Nafasnya ditarik panjang, ditahan seketika, lalu dihembus.
   Rindu.

Perasaan itu sudah lama bertamu di kalbu. Wanita itu amat merindui keluarga, juga sahabat-sahabat seperjuangan yang sudah lama terpisah. Dia amat merindui Zenith.
  "Lama rasanya tak jenguk group Zenith kat Facebook", si dia bermonolog sendiri.

 Lalu telapak tangan kirinya dibuka, disentuh pula oleh jari telunjuk tangan kanannya untuk mengaktifkan gadget berteknologi tinggi pada era itu. Touch Skin.
  Jari telunjuknya pantas menulis huruf Z.E.N.I.T.H. pada skrin yang terpapar pada tapak tangan kirinya. Tidak sampai sedetik, informasi yang dicarinya muncul pada skrin tersebut.
 Di dalam Group Zenith itu, terpapar berita-berita kejayaan sahabat-sahabatnya, ada yang sudah menjadi menteri, doktor, arkitek, engineer, jutawan, serta para pendidik anak bangsa dan lain-lain. Pendek kata, semuanya berjaya.
   "Alhamdulillah." Perkataan tahmid itu dilafaznya bagi memuji dan tanda syukur seorang hamba kepada Ilahi. Dia terus meneliti segala berita dalam group Zenith. Scroll demi scroll. Sehingga sampai satu berita tragis, scrollnya terhenti.

  Satu berita tragedi itu menarik penuh perhatiannya. Nafasnya turun naik pantas. Dia seperti tidak percaya apa yang dibacanya dalam group Zenith Generation.

 'Imam Muda Dr. Anas Asyraf meninggal dunia ketika sujud'
Headline yang terpapar ringkas, tetapi sudah cukup memberi impak besar kepada wanita itu.

"Innalillah..." Wanita itu beristirja'.
Segala yang hidup itu pasti akan mati, tidak kira usia muda mahupun tua. Kerana ajal itu satu kepastian, tidak terlewat atau terawal walau sedetik cuma.
   Wanita itu mahukan berita yang lebih mendalam, kemudian, kebetulan seorang pramugari lalu di tepinya. Dengan sopan dia berkata kepada pramugari itu,

    "Entschuldigung," kata wanita itu dalam bahasa German.
    "Ja. Kann ich Ihnen helfen ?" pramugari membalas sopan.
    "Würden Sie mir die Malaiisch Zeitung bringen?" wanita itu meminta surat khabar dari Malaysia untuk dibaca.
    "Kein Problem, warte mal " lalu pramugari itu pergi mengambil senaskah akhbar Malaysia. Beberapa minit kemudian, dia kembali menghulurkan akhbar yang diminta.
    "Danke schön." Wanita itu mengucapkan penghargaan dengan seukir senyuman.
    "Bitte schön." pramugari itu membalasnya juga dengan senyuman, kemudian beredar untuk meneruskan tugasan.

   Wanita itu membaca berita pada muka hadapan akhbar. Berita pemergian sahabat zenithnya, Anas. Imam muda merangkap doktor itu meninggal ketika mengimami solat sunat hajat di sekolah lama mereka, yakni KUPSIS, singkatan bagi SMS Kubang Pasu. "Astaghfirullah..." Wanita itu beristighfar berulangkali mencari ketenangan hati dari Ilahi. Dia berasa seperti sesuatu yang tidak kena dengan kematian sahabatnya.

   Deria detektifnya meronta-ronta!